Gambar di puncak Bukit Panorama, Sungai Lembing

/
6 Comments
Oktober 25, 2017
Assalamualaikum semua. Sejak kebelakangan ni, aku tak tahu la kenapa rasa bersemangat untuk melakukan aktiviti-aktivi yang mengeluarkan peluh. Mungkin kesedaran badan dah semakin besar timbul kot. Terasa nak menguruskan diri pulak. Selain bermain badminton, aku mula berjinak-jinak hiking katanya. hahaha. 

Last week adalah first time dalam hidup aku memanjat bukit. Di Sungai Lembing Pahang sebut je Bukit Panorama ramai yang tahu. Memang tempat yang popular. Ramai hiker datang sini untuk melihat matahari terbit dipuncak bukit secara live. Tapi ikut rezeki jugak nak dapat tengok matahari terbit. Kena cuaca mendung, memang tak dapat la nak tengok sun rise tu.

hiking, bukit panorama, sungai lembing

Untuk pengatahuan korang semua, Bukit Panorama adalah salah satu tarikan pelancongan di Sungai Lembing. Pernah sebelum ni aku ceritakan kisah tentang El-Dorado (Perkampungan Inggeris) Timur di Sungai Lembing (Klik disini) yang menceritakan tentang kegemilangan sektor perlombongan dan  sungai lembing salah satu pusat perlombongan terbesar di dunia. Dan kalau korang nak tahu, di sini juga terdapatnya Muzium Sungai Lembing yang menyimpan sejarah-sejarah zaman kegemilangan kegiatan perlombongan suatu masa dahulu. 

Ok la, berbalik pada cerita bukit panorama, ketinggian bukit ni aku tak sure pulak berapa tinggi. Tapi average masa dari kaki bukit sehingga ke puncak dalam 35 minit. Tapi kalau berlari boleh je naik dalam masa 15 minit. Pernah orang buat ye. Tapi memang berbaloi kalau korang hiking disin. Tak la mencabar sangat. Sebab dah tersedia treck bertangga untuk kita gunakan. Ok la, untuk first timer macam aku ni. Tak kan start-start terus nak naik Gunung Everest pulak kan? Hehehe

Jom la aku kongsikan gambar di puncak Bukit Panorama, Sungai Lembing. Banyak pulak celotehnya kan. Hehehe. Enjoy. 

hiking, bukit panorama, sungai lembing

hiking, bukit panorama, sungai lembing

hiking, bukit panorama, sungai lembing

Itu sahaja lah perkongsian aku untuk entri kali ni. Jangan lupa menonton video aku mendaki bukit panorama di youtube (Klik disini) dan jangan lupa untuk subscribe youtube channel Papaglamz dot com. 

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

6 ulasan:

  1. Cantiknya, bila la nak pegi hiking...

    BalasPadam
  2. Ni ajak mr hubby buat aktiviti ni, confirm reject..haha...But bagus benornya buat aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh ni..Sebab org kita skrg jenis kerja terperap di pejabat,peluh langsung tak keluar..tu yang senang penyakit nak lekat..

    BalasPadam
  3. Cantik panorama dari atas bukit. Teringin nak naik bukit tapi sejak dah ada anak ni stamina dah out hehe

    BalasPadam
  4. Seronok dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah..

    BalasPadam
  5. Cantik pemandangan di puncak bukit

    BalasPadam
  6. Lama dah tak pergi hiking. Lepas nampak gambar2 ni, teringin pula nak hiking

    BalasPadam