Resepi Daging Masak Kicap Yang Simple dan Mudah

/
3 Comments
Oktober 31, 2017
Assalamualaikum semua. Hari ni aku rasa nak kongsikan resepi daging masak kicap yang simple dan mudah buat pembaca semua. Aku guna daging kurban hari tu. Masih ada lagi ye. Biasa la orang tak rajin nak masak daging kan. Dalam banyak-banyak masakan, daging adalah sesuatu yang aku malas sangat nak masak. Sebab apa? Sebabnya aku kene tunggu lama nak biarkan daging tu lembut. Lain la kalau ada pressure cooker kan? Bestnya kalau ada yang hadiahkan aku pressure cooker. Hihihihi

daging masak kicap berkuah simple resepi daging masak kicap istimewa daging masak kicap pedas daging masak kicap berempah daging goreng kicap kelantan daging masak kicap lada hitam daging masak kunyit daging masak kari

Jom kita layan resepi yang aku gunakan hari ini. Sekadar berkongsi dan mungkin. Simple-simple sahaja dan hanya menggunakan bahan-bahan basic je. Mana tau berguna untuk korang-korang yang nak cuba menu daging masak kicap ni kan.  Jom layan. Nak tengok video, kena singgah di channel youtube aku (Klik Di Sini).

daging masak kicap berkuah simple resepi daging masak kicap istimewa daging masak kicap pedas daging masak kicap berempah daging goreng kicap kelantan daging masak kicap lada hitam daging masak kunyit daging masak kari

Resepi Daging Masak Kicap

Bahan-bahan

1/2 kg Daging lembu dipotong halus
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada sulah
1 inci halia
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
Kicap manis Jalen
Gula dan garam secukupnya

Cara-cara memasak

  1. Cuci daging yang telah dipotong.
  2. Tumbuk atau kisar bawang merah, putih, halia dan lada sulah.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
  4. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkeh.
  5. Setelah semua bahan tumis agak garing, masukkan daging dan air. Biarkan sehingga air kering atau daging menjadi lembut.
  6. Masukkan kicap dan perasakan dengan gula dan garam mengikut kesesuaian.
  7. Sedia untuk dihidang.

Mudah je kan? Makan dengan nasi putih panas-panas memang syok tau. Boleh la korang cuba untuk lunch atau dinner korang. Selamat mencuba. Jangan lupa tengok video aku masak daging masak kicap kat channel youtube aku (Klik Di Sini).

With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian lain


You may also like

3 ulasan:

  1. sedapnya.. masak kicap mcm ni mmg la sedap dimakan

    BalasPadam
  2. Hah~ resepi ikut SOP ginilah bagus. mak tak reti betul ikut resepi yang letak bahan secukup rasa dan agak-agak. 😂

    BalasPadam
  3. Ala, resepi lagi .
    Huaaa , lapar . cepatlah lunch time .

    BalasPadam