Buat la sosej sendiri, baru la lebih sihat. Jom cuba resepi ini

/
6 Comments
November 21, 2017
Assalamualikum semua. Sosej atau hot dog sudah pasti makanan yang sangat diminati oleh anak-anak kecil. Namun sebagai ibu bapa sudah tentu kita risau dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam sosej itu sendiri. Ditakuti jika makan terlampau banyak akan memudaratkan kesihatan. Tambah-tambah lagi bila kebanyakan sosej dipasaran ni dalam kategori makanan diproses dan sudah pasti mengandungi bahan pengawet dan garam yang tinggi.

Apa kata sekali sekala kita buat sosej sendiri. Resepi yang mudah ini sudah pasti terjamin lebih berkhasiat, bersih dan halal. Aku dapat resepi ini dari perkongsian Puan Zarina Jaidon dalam facebook beliau.

cara masak sosej yang sedap, sosej goreng tepung, resepi sosej masak black pepper, sosej masak kicap, resepi sosej masak sos, cara goreng sosej tidak kecut, sosej masak sambal,

Bahan-bahan:

1 kg ayam
1 1/2 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh oregano
1 tangkai cili kering
1 gelas air atau stock ayam

Cara membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
  3. Masukkan pipping bag, picit memanjang di atas cling film. Gulung kemas, pusingkan hujung cling film hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
  4. Didihkan air, rebus balutan cling film tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Juga boleh disimpan beku.
  5. Sosej ayam siap di goreng.
Selamat mencuba

With Love
Papaglamz

-sekian-

Sumber: Facebook @Puan Zarina Jaidon & Majalah Pama

Carian Lain




You may also like

6 ulasan:

  1. Anak cikla mmg hantu sosej. Pantang nmpk mesti nak. Kalalu tak bg, sampai guling guling selagi x dapat. Tp, nanti boleh try resepi ni. Nmpk senang pulak. Thanks sharing.

    BalasPadam
  2. Sosej makan ngn nasi pun dh sedap.

    BalasPadam
  3. rajin betul org ni.. tak pernah terfikir nak buat sendiri.. hihi

    BalasPadam
  4. Dah lama tak beli sosej lepas ada anak ni. Sebab taknak biasakan dia makan sosej or makanan proses banyak sangat. Berminat jugak nak buat sosej sendiri cuma tak tau nak cari cling film tu kat mane

    BalasPadam
  5. Simple jew resepi ne TQ papa wekend ne boleh nak try dengan anak-anak miza

    BalasPadam
  6. Senangnye resipi. Boleh lah cuba nanti. Confirm2 selamat utk dimakan.

    BalasPadam