Buat Peminat Kek Unicorn, Jom Baca 4 Tips Ini Jika Mahu Membuatnya Sendiri

/
8 Comments
November 24, 2017
Kuda bertanduk atau Unicorn sering kali dikaitkan dengan cerita-cerita fantasi kanak-kanak. Animasi tentang kecantikan dan juga kehebatan yang dimiliki oleh Unicorn ini sering kali kita tengok di dalam siri-siri cerita kartun. Kini, watak Unicorn bukan sahaja diterjemah di dalam cerita-cerita fantasi, ia juga diterjemah dalam dunia bakeri.

Cara buat kek unicorn, Tutorial kek unicorn, Cara mudah menghias kek unicorn, Gambar kek unicorn,

Kek berbentuk Unicorn akhir-akhir ini sering kali mencuri perhatian awam. Berbagai jenis kek sudah mula menggunakan bentuk-bentuk seakan Unicorn dan dihiasi warna-warna menarik perhatian ramai. Memetik kata Emma Reyna dari cnnindonesia.com, beliau berkata membuat kek Unicorn tidaklah sesulit yang dibayangkan. Hanya perlu kreatif dalam proses membuatnya sahaja. 

Betul ke mudah nak buat kek Unicorn?

Nah! Jom baca 4 tips mudah jika anda ingin membuat Uncorn Cake

1. Pilih kek yang agak keras

Jika ingin membuat kek unicorn sendiri, pastikan anda memilih kek yang agak keras sedikit. Hal ini penting supaya kek lebih stabil. Jangan gunakan kek span atau kek-kek yang agak lembut kerana dikhuatiri kek anda akan runtuh. 

Cara buat kek unicorn, Tutorial kek unicorn, Cara mudah menghias kek unicorn, Gambar kek unicorn,

2. Penggunaan buttercream yang baik

Gunakan juga buttercream yang stabil dan mempunyai rasa yang sesuai. Jangan pula gunakan buttercream yang mudah cair ya. Ditakuti kek anda akan cair pula nanti. Apalagi suhu di Malaysia ini agak panas kan?

Cara buat kek unicorn, Tutorial kek unicorn, Cara mudah menghias kek unicorn, Gambar kek unicorn,

3. Sabar dalam menghias kek

Ingat! Jangan terburu-buru semasa menghias kek anda. Harus diingat, menghias kek memerlukan ketelitian yang sangat tinggi. Gunakan 'cake stage' yang boleh  berpusing-pusing supaya mudah untuk anda menghias kek anda. Seni menghias kek adalah berbeza dengan seni lukis atau seni-seni yang lain. Jadi, bersabarlah semua.

Cara buat kek unicorn, Tutorial kek unicorn, Cara mudah menghias kek unicorn, Gambar kek unicorn,

4. Bermain dengan warna

Sudah tentu kecantikan sebiji kek itu akan lebih menyerlah dengan kebijaksanaan anda untuk bermain dengan warna. Anda harus bijak menggunakan kreativiti anda untuk menghiasi kek dengan penambahan perincian seperti mata, mulut, bunga-bunga, tanduk dan sebagainya.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian lain


You may also like

8 ulasan:

  1. uwahhhh comelnyeeeeee

    jom la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  2. Cantik dan kreatif... Apakan daya akak tak reti nak hias kek, buat kek tu bolehlah...

    BalasPadam
  3. Kreatifnyaaaaa... Unni Suka buat kek tpi x reti nk hias

    BalasPadam
  4. Tengok kek cantik macam ni, nak potong pun sayang.. hahaha

    BalasPadam