MACAM TAK PERCAYA! Buat kek coklat moist dalam rice cooker je. Jom tengok resepi mudah ni

/
10 Comments
November 27, 2017
Katanya "No Oven No Problem". Macam tak percaya, walaupun tanpa oven, sekumpulan pelajar ini mampu menghasilkan sebiji kek coklat moist dengan hanya menggunakan rice cooker sahaja. Jom tonton video resepi menghasilkan kek mudah ini


Jom cuba resepi mudah Coklat Moist

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung penaik
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko
Asen vanila

Cara-cara membuatnya
  1. Campurkan serbuk koko dan gula halus
  2. Campurkan minyak masak dan susu pekat. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian masukkan pula air dan teruskan menggaul sehingga sebati.
  3. Masukkan telur dan teruskan menggaul sehingga sebati.
  4.  Masukkan asen vanilla.
  5. Masukan tepung sedikit demi sedikit
  6. Tuang adunan di dalam periuk dan switch on rice cooker. Masak selama 45 minit atau sehingga masak
  7. Untuk topping, campurkan sedikit minyak masak, susu pekat dan serbuk koko. Gaul rata semua bahan dan kemudian tuangkan di atas kek yang telah masak.

Mudah je kan? Selamat mencuba...!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian lain



You may also like

10 ulasan:

  1. Sekarang ni tiada alasan tak boleh nak buat kek. Cuma nak tak nak je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup betul tu. nak tak nak je. Jgn lupa cuba tau. hehehe

      Padam
  2. Boleh eh masak guna rice cooker..macam tak percaya je ni...periuk tu kena sapu minyak dulu tak dalam dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haar blh je kak. saya pun tak percaya memula.

      Padam
  3. makin senang buat kek tapi rajin dengan malas je menjadi pemisah.. hahahahaa.. :p

    ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. chayookkk kak ain.....!!!!! rajinkan diri

      Padam
  4. orang rajin dan kreatif semua jadi..

    BalasPadam
  5. Saya pun mmg guna rice cooker... Mls nk guna oven.. Hehe

    BalasPadam
  6. Wow pakai rice cooker je.. terima kasih sebab kongsi reseipi ni.. hoho sekarang boleh la makan kek coklat moist tiap2 hari >.<

    BalasPadam