Sotong Masak Lemak Menu Untuk Lunch

Assalamualaikum semua. Untuk entri kali ni aku just nak share kat korang semua menu termudah aku masak untuk korang buat. Menu sotong masak lemak untuk lunch ni aku masak pepagi buta sebelum aku pergi kerja. Masak untuk makan lunch. 

Sejak wife aku bersalinkan anak kedua ni, aku rasa kawasan dapur ni sudah menjadi territory aku sekarang. Bini aku busy dengan uruskan anak, menyusukan anak kami dan nak buat stok EBM lagi, kerja-kerja sekolah lagi. So, untuk meringakan beban, aku denan rela amek tugas masak-memasak ni la. Termasuk juga buat kek ye. Tapi masak ala kadar je la. Tak la extravaganza sangat. Hehehe. Ok memula layan gambar bawah ni dulu. Hasil sotong masak lemak aku.

sotong masak sambal, sotong masak merah, resepi sotong masak kari, sotong masak hitam, sotong masak paprik, sotong masak kicap, masakan sotong paling sedap, Resepi masakan sotong,

Ini lah dai rupanya. Makan dengan nasi panas dan kicap. Memang terangkat tau. Aku kalau sotong ni suka tank kepala. Memang masyuk je makan. Dengan ada mata dia. kadang-dang tergigit otak sotong tu sendiri. Memang best...!!! Ok la, kalau korang nak cuba menu sotong masak lemak dari aku ni, boleh la check it out resepi kat bawah ni.

sotong masak sambal, sotong masak merah, resepi sotong masak kari, sotong masak hitam, sotong masak paprik, sotong masak kicap, masakan sotong paling sedap, Resepi masakan sotong,

SOTONG MASAK LEMAK

Oleh : Papaglamz

Bahan
  • 3 Ekor sotong yang sedang-sedang besarnya (Family aku kecik je. Sikit-sikit sudah)
  • Sebatang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak masak
  • Garam dan gula
Caranya
  • Potong sotong ikut suka korang nak style apa.
  • Tumbuk atau blend serai, bawang merah dan putih, dan halia.
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan masukkan sekali serbuk kunyit.
  • Agak-agak sudah naik bau dan garing bahan tumisan, masukkan sotong yang sudah di potong. 
  • masak beberapa ketika dan masukkan 1/2 kotak santan (100 ml) atau ikut suka korang nak banyak mana kuahnya.
  • Terus mengacau untuk mengelakkan pecah minyak.
  • Sambil itu, perasakan sotong masak lemak korang dengan memasukkan garam dan gula. 
  • Setel...!!!!!

Mudah kan? Mungkin utuk menu sotong masak lemak ni ada banyak lagi resepi dan cara yang lebih hebat dari ni. Well said, bila amatur masak kan? Gini la ghupanya. So, kalau nak cuba sila la cuba dan jangan lupa share juga pada yang lain tau. Hehehe

With love
Papaglamz

-sekian-

Snow Cheese Kek Meleleh

Assalamualaikum semua. Welcom back... !! Thank korang sebab sudi singgah di PapaGlamz.com tau. Ok la kali ni aku nak kongsi sikit kat uols semua resepi Snow Cheese Kek Meleleh yang memang top dan terhangat dipasaran sekarang ni kan. By the way, ni ala-ala kali pertama juga aku mencuba baking kek cheese ni. alhamdulillah cubaan pertama aku BERJAYA. Cuma frostingnya macam mudah sangat meleleh. Mungkin sebab tu kot nama dia Cheese Cake Leleh kot. Hehehe Nah aku belanja gambar dulu kat korang.

resepi cheese cake kukus resepi cheesecake bakar resepi kek cheese oreo resepi kek cheese sukatan cawan resepi cheese kek meleleh resepi snow cheese cake resepi kek cheese coklat Cheese kek murah cheese cake murah  cheese cake kuantan

Haaa ok tak? Nampak bersnownya di situ kan? Actualy, aku buat cheese cake untuk menambah lagi koleksi produk jualan kek aku. Selain aku jual Kek Coklat sebelum ni, ada juga yang bertanya takda kek lain ke?. Jadinya terdetik dalam hati aku nak try jual kek cheese pulak. So sekarang ni dalam fasa memantapkan kemahiran dalam membuat kek cheese ni la. Cubaan pertama PASS...!!!

resepi cheese cake kukus resepi cheesecake bakar resepi kek cheese oreo resepi kek cheese sukatan cawan resepi cheese kek meleleh resepi snow cheese cake resepi kek cheese coklat Cheese kek murah cheese cake murah  cheese cake kuantan

So, boleh la open order lepas ni. Buat mereka yang duduk berdekatan dengan kawasan Kuantan, jangan segan-segan untuk PM or wassap aku kalau nak cuba kek cheese ni dan jugak kek coklat EXCLUSIVE BY PAPAGLAMZ lagi tau..!!!

Unutk resepi Snow cheese kek ni, aku cuba-cuba dari google je. Dalam entri ni aku nak jugak share kat korang semua resepi cheese yang telah aku ciplak dari hakak Husna. Memang simple je kek cheese yang akak ni buat. Tapi sedap. Dan buktinya aku berjaya buat sebuku roti yang beratnya lebih kurang satu kilo.

RESEPI SNOW CHEESE KEK MELELEH

Bahan untuk kek
  • 100g tepung kek atau seangkatan dengannya (Aku guna tepung gandum)*
  • 60g tepung jagung*
  • 1 sudu teh baiking powder*
  • 1 sudu besar ovelette
  • 100g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 50ml air sejuk ( air dari peti ais atau coway amek yang cold)
  • 75g mentega cair
  • 1 sudu teh asen vanila

Cara Membuatnya
  • Ayakkan dahulu bahan yang bertanda *
  • Mixkan semua bahan di atas sampai kembang, kecuali mentega cair.
  • Pukul sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
  • Masukkan bahan yang telah diayak. Sebatikan semua bahan.
  • Bakar dalam oven pada suhu150'C selama 45 minit. Kepanasan ini bergantung pada oven masing-masing tau.
Bahan untuk cheese cream

  • 250g cream cheese
  • 120g susu pekat manis
  • 50ml UHT Whipping cream
  • Cheddar cheese (diparut dan di tabur atas kek)
Cara membuatnya
  • Campurkan semua bahan kecuali cheddar cheese dan putar sampai kembang.
Selepas semua kek dan cream dah siap. Kek pun dah sejuk. So tibalah masanya untuk kita letak krim pada kek. Aku belah dua kek aku tu dengan pisau je. Ada yang kata guna benang untuk dapat potongan yang sekata. Mana-mana pun boleh la. Oleh sebab ni hanya untuk aku cuba, jadi aku buat mana dan je. Lepas dah potong dua, letakan krim cheese di tengah-tengah dan letak kan semula kek yang dah dipotong tu tadi. 

Lebihan krim yang ada kita salutkan ke seluruh kek. Dah sudah tu parutkan cheddar cheese atas kek sampai la nampak ke'SNOWING'nya tu. Dah siap semua, masukkan dulu dalam peti ais kejap sebelum potong. Ini untuk satle downkan cheese cream kita tu. Baru la potongan kek tu cantik nanti. 

resepi cheese cake kukus resepi cheesecake bakar resepi kek cheese oreo resepi kek cheese sukatan cawan resepi cheese kek meleleh resepi snow cheese cake resepi kek cheese coklat Cheese kek murah cheese cake murah  cheese cake kuantan

Haaa kau tengok si kecik ni. Suka sangat tau dia makan. Makan sampai 3 slice yer. Bila buat kek ni orang suka kita yang tukang buat ni mesti laaaagiii sukaaaa...!!! Ok la sampai di sini je. Jangan lupa untuk mencuba dan jangan lupa kalau nak order kek dengan aku, boleh PM dan wassap di talian 0196141393.

With love
Papaglamz

-sekain-

Baca juga:

Kek Coklat Murah di Kuantan

Assalamualaikum semua. Ada sesiapa yang craving gila-gila dengan kek coklat? Haaa, bagi mereka yang duduk Kuantan dan mencari kek coklat murah sekitar kawasan korang, PapaG ada jaul tau. 

YANG BuKaN HaNtoOOo KeK COKLAT JANGAN BACA!!

.
JaNGaN BaCa!!
.
Bukan apa...................................
.
.
.
Takot TeRJeBaK  ⚠️⚠️

harga kek coklat moist kukus dalam bekas plastik, harga kek coklat moist 2016, harga kek coklat moist dalam bekas, door gift kek coklat moist, harga kek coklat kukus, harga bekas plastik kek, harga kek cheese leleh 2015, harga kek coklat moist kukus 2016, harga kek murah terkini,

harga kek coklat moist kukus dalam bekas plastik, harga kek coklat moist 2016, harga kek coklat moist dalam bekas, door gift kek coklat moist, harga kek coklat kukus, harga bekas plastik kek, harga kek cheese leleh 2015, harga kek coklat moist kukus 2016, harga kek murah terkini,

harga kek coklat moist kukus dalam bekas plastik, harga kek coklat moist 2016, harga kek coklat moist dalam bekas, door gift kek coklat moist, harga kek coklat kukus, harga bekas plastik kek, harga kek cheese leleh 2015, harga kek coklat moist kukus 2016, harga kek murah terkini,

harga kek coklat moist kukus dalam bekas plastik, harga kek coklat moist 2016, harga kek coklat moist dalam bekas, door gift kek coklat moist, harga kek coklat kukus, harga bekas plastik kek, harga kek cheese leleh 2015, harga kek coklat moist kukus 2016, harga kek murah terkini,

dgn limpahan rasa coklat " LuaQ DaLaM CoKLaT " ni!!! πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Dah BANYAK terjual kot....rugi klu Demo2 tak cuba  πŸ‘‡

++KEK COKLAT ISTIMEWA++

Harga?
Semua mampu milik bukan mampu tngok je... confirm #MampuMilik and u'll spend!😍😍😍

rasa?
Tak yah cakap la...!!! Memang ni πŸ‘πŸ‘πŸ‘ haaaa....!!! Bukan aku yang cakap. Sesiapa yang penah beli yang cakap ye...

haaa..interested?

do pm/wassap at 0196141393 keyy...

KU RELA UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK UOOLLLSS TAU..!!!!! 😘😘😘

********************************************
psstttt....

Maaf untuk yang jauh dari area Kuantan ni, Iolllsss takde buat pos. Iolss takut kek rosak pulak nanti.

Sooooo...!!!!

Rakyat2 jelata di Kuantan tahniah sebab korang berpeluang merasa KEK Coklat Istimewa dari iolllss ni tau. Jangan lepaskan peluang ini....!!!

untuk self pick up: 
Taman Dato' Rashid, Bypass Kuantan-Kemaman.
**please inform sebelom datang..tkot tak de kt rumah yee**

*****************************************

ok.tu je nk ckp. πŸ’žπŸ’ž

With Love
Papaglamz

-sekian-

Baca Juga :

Jadikan Kek Coklat Moist Sebagai Birthday Kek
Kek Pisang Exclusive By Papaglamz | Kini dan Dulu

Kek Pisang Exclusive By Papaglamz | Kini dan Dulu

Assalamualaikum semua. Dalam entri kali ini saja PapaG nak ceritakan pada korang semua Kek Pisang Exclusive By Papaglamz | Kini dan Dulu. Ala saja nak comparekan kek yang Papag buat dulu masa memula baru beli oven dan sekarang. Ada beza ke tak. Untuk resepi kek pisang, korang boleh klik entri ni Resepi Kek Pisang Bercoklat Ukuran Cawan Yang Mudah. Jangan lupa klik tau.

resepi kek pisang kukus blender resepi kek pisang kukus tanpa telur kek pisang coklat resepi kek pisang berangan Banana cake gambar kek pisang banana cake picture
First time buat

resepi kek pisang kukus blender resepi kek pisang kukus tanpa telur kek pisang coklat resepi kek pisang berangan Banana cake gambar kek pisang banana cake picture
 Setelah buat 7-8 loyang

resepi kek pisang kukus blender resepi kek pisang kukus tanpa telur kek pisang coklat resepi kek pisang berangan Banana cake gambar kek pisang banana cake picture
Latest

Haaa macam mana? Nampak tak perbezaannya dulu dan kini? PapaG pun tak sangka dapat buat yang lebih baik dari yang awal tu tau. Betul la orang kata tak cuba tak tahu. Dan kalau malas nak cuba banyak kali memang tak menjadi la kan. Sejujurnya firstime buat yang tak berapa nak jadi tu, memang fed-up dah. Rasa nak simpan oven yang Papag baru beli tu dan simpan dalam kotak letak bawah katil. Tapi mana boleh macam tu kan. Sayang je beli mahal-mahal tak guna. PapaG cuba dan cuba lagi dan hasilnya boleh la korang tengok. Rasa pun very very not bad ok.!

Sekarang ni Papag bukan sahaja boleh baking kek pisang ni je. PapaG boleh juga baking kek coklat yang teristimewa untuk korang tau. Kalau tak percaya boleh follow facebook dan Intagram PapaG. Kat sana PapaG upload semua aktiviti baking PapaG. Sudi-sudi la melihatnya ye. 

Untuk korang semua, PapaG nak kongsi semula resepi kek pisang kat korang dalam entri kali ini. Enjoy..!!!

Resepi Kek Pisang Coklat Menggunakan Sukatan Cawan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang (dilenyek)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh asen vanilla

Cara membuat

  • Lenyekkan pisang. Letak tepi dahulu di dalam bekas lain.
  • Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  • Dalam bekas yang lain, putarkan telur dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak masak. Biarkan mixer terus berputar dikelajuan rendah. Kemudian masukkan asen vanilla. Masukkan pula pisang yang telah dilenyek. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Biarkan seketika sebelum masukkan ke dalam loyang pembakar.
  • Sebelum membakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. PapaG bakar kek pisang ni pada suhu 180 darjah Celsius selama sejam.
  • Untuk membakar, sapukan minyak masak pada loyang. Lapikkan kertas minyak atau kertas kek di dalam loyang. Kemudian masukkan adunan kek anda. Selepas itu taburkan coklat cip di atas adunan tadi dan bakar dalam oven yang telah di panaskan.
  • Tunggu la sehingga kek tu siap.
Mudah je kan? Korang boleh la makan kek pisang ni untuk minum petang bersama keluarga. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Jadikan Kek Coklat Moist Sebagai Birthday Kek

Assalamualaikum semua. Siapa yang perasan sebelum ni PapaG pernah kongsikan pada pembaca semua entri Jom Cuba Kek Coklat Mudah dan Sedap Handmade Deep From My Heart tentu tahu yang PapaG tengah belajar-belajar baking kek coklat. Alhamdulillah dengan resepi kek coklat ini ramai yang suka. Ada juga yang nak Jadikan Kek Coklat Moist Sebagai Birthday Kek. For the first time nak buat tu macam takut jugak la. Yela takut tak jadi kan. Tapi kita sahut cabaran. Tak cuba tak tahu kan? 

kek coklat bakar sukatan cawan, resepi kek coklat bakar, resepi kek coklat kukus lembut, kek coklat bakar mat gebu, resepi kek coklat cheese, resepi kek coklat mudah, kek coklat kukus tanpa telur, gambar kek dan ucapan hari jadi, gambar kek birthday yang cantik, kek hari lahir dewasa, gambar kek hari jadi kanak-kanak perempuan, hiasan kek coklat yang simple, gambar kek hari jadi kartun, gambar kek hari jadi kanak-kanak lelaki, kek hari jadi paling cantik di dunia,

Nah PapaG kongsikan gambar kek coklat yang boleh dijadikan sebagai birthday kek. Hasil tangan PapaG tau. Untuk hiasan PapaG hanya menggunakan coklat garnace dan hiasan lain macam dalam gambar tu la. Ada coklat cip, coklat rice dan untuk tulisan tu PapaG gunakan butter cream yang diletakkan pewarna. For me, it is ok la since this is my first time kan. Hehehe. Rasa banyak gila benda kena improve ni. Skill masih tumpul lagi katan.

Ok la, alam entri ni PapaG sekali lagi nak kongsikan kat korang semua resepi kek coklat yang PapaG gunakan untuk menghasilkan birthday ini.

Bahan-bahan untuk kek

  • 2 Cawan tepung gandum / tepung kek
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak / butter
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu teh coklat emulco (Perasa coklat)
  • 3 biji telur gred A

Bahan-bahan topping

  • 1/3 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan air suam

Cara membuat

  • Ayakkan tepung gandum, serbuk bikarbonat, baking powder dan serbuk koko.
  • Putar gula castor dan telur. Kemudian masukkan minyak atau butter. Kemudian masukkan telur, coklat emulco, susu cair dan air suam. Putar sehingga semua bahan sebati.
  • Campurkan bahan yang telah diayak ke dalam campuran yang di putar tadi sedikit demi sedikit.
  • Putar hingga tepung dan semua bahan sebati dengan sempurna.
  • Panaskan oven 180 degree celcius.
  • Masukkan adunan kek kedalam loyang.
  • Masak selama 40 minit.
  • Untuk topping, campurkan cucu pekat, serbuk koko, butter dan air dalam periuk kecil. Panaskan atas api sambil kacau sehingga bahan tadi mendidih.
  • Setelah kek masak dan sejuk. Tuangkan bahan topping diatas kek.
  • Untuk hiasan boleh la letakkan coklat chip ataupun coklat rice.
  • Sedia untuk di makan.
Mudah kan? Kalau buat betul-betul 2 jam je dah siap. Harap resepi ini membantu korang semua. Selamat mencuba.

Bagi orang-orang Kuantan, kalau korang nak cuba Kek Coklat Moist dari PapaG ni boleh la Wassap PapaG di talian 0196141393. Nanti kita bincang.

With Love
Papaglamz

-sekian-

ELITE – Gaya Berkekalan Buat Si Jejaka

Assalamualaikum semua. Zaman sekarang, hampir semua gaya rambut dipandang sebagai fesyen; panjang, pendek, yang terpacak, gaya santai mahupun kelihatan “edgy”. Lelaki moden masa kini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol.

Gaya rambut hebat adalah elemen yang sempurna untuk menjadikan si jejaka kelihatan sofistikated, “cool”, lebih digemari dan bergaya.

Sesetengah lelaki lebih gemar untuk menggunakan satu gaya ke pejabat, dan menukar gaya rambutnya apabila mereka keluar. Paling penting bagi mereka adalah produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan mereka mereka gaya rambut, dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari!

ELITE, jenama penggayaan rambut lelaki terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax - wax untuk gaya berkekalan!


Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.

Gayakan Mengikut Keinginan Anda!

Tampil santai, atau gaya berani, rekaan “rugged”, mahupun kekal terpacak atau nampak basah. ELITE adalah cara terbaik untuk gaya berkekalan!

Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.
  
Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!

Airy Wild hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!

Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!

Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya. 

ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu. Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Google+ Followers