Senarai Kuih-Muih Tradisional Di Malaysia Yang Semakin Pupus

/
2 Comments
Januari 16, 2018
Bila menyingkap kembali sejarah penyanyi nombor satu negara Dato' Siti Nurhaliza, terselit satu kisah tentang beliau berlatih menyanyi ketika menjual kuih-kuih tradisional di kampung. 

Jika dulu, selalu ada budak-budak di kampung yang akan datang jual kuih dari rumah ke rumah sambil membawa bakul.

Sekarang suasana ini sudah jarang kita lihat. Mungkin kuih-kuih tradisional ini sudah ramai yang tidak kenal. Apatah lagi nak buat sendiri kan? 

Buat anda yang ingin mengenang kembali zaman-zaman kegemilangan kuih-muih tradisional, jom tengok kuih tradisi yang semakin hilang ditelan zaman ini.

Kuih tradisi yang semakin menghilang

  • Kuih Kalakatar – Perak – asal Banjar

  • Kuih Wadai Kepeng – Selangor/Perak – asal Banjar

  • Kuih Barongko – Selangor – asal Bugis
  • Burasak – Selangor – asal Bugis

  • Kuih Penyaram – N.9 – asal Minang
  • Kuih Ocong-ocong – Perak – asal Bengkulu
  • Kuih Lemper – Selangor – asal Jawa
  • Kuih Puteri Dua Sebilik – Kelantan – asal Siam
  • Kuih Gedung Chak – Kedah 
  • Kuih Ringgi / Emping Kelapa – Perlis
  • Kuih Kelamai – Perak – asal Rawa
  • Kuih Dodol Kukus Tahi Minyak – Pahang
  • Kuih Halwa Maskat – P.Pinang – asal Arab
  • Kuih Kebebe – Lenggong Perak
  • Kuih Opok-opok – Terengganu
  • Kuih Tepek Pisang – Malaysia – asal tidak diketahui
  • Apam Daun Rambai – N.9 – asal Minang

Yang bukan kuih tetapi dianggap makanan tradisi yang hampir pupus adalah:

  • Ketupat daun tebu
  • Ketupat daun buluh
  • Lemang tepung
  • Pulut kukus periuk kera

  • Nasi Daun Lerek
  • Ikan Bakar Dalam Tanah
  • Nasi Lemuni
  • Kebebe – Lenggong, Perak 

Jadi sebagai generasi baharu, kita seharusnya pertahankan adat resam ini, meskipun ia sekadar kuih muih. Kan?

With Love
Papaglamz

-Sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
Carian Lain


You may also like

2 ulasan:

  1. Majority dalam list di atas ai tak pernah dengar. ada dua tiga je kot yang tau.

    BalasPadam

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.