Panduan Mudah Buang Biji Cili Kering

/
0 Comments
Mac 27, 2018
Rata-rata masyarakat di Malaysia meminati nasi lemak. Nasi lemak yang 'power' dan sedap sudah pasti hadir dengan sambalnya yang padu dengan rasa pedas, manis, masin dan lagi best kalau diletakkan bilis di dalamnya.

Namun, tahukah anda sambal nasi lemak yang sedap adalah yang dibuat dengan cili kering. Bukan dari cili boh ataupun cili kisar 'ready made' yang ada di pasaran. Barulah rasanya lebih pure dan sedap.

Tapi, hendak menyediakan sambal merah dengan menggunakan cili kering amatlah leceh. Yela, nak membuang biji cili kering yang ada itu bukanlah sesuatu yang mudah. Jika tidak dibuang, boleh menyebabkan penyakit apendiks pula. Jumlah biji cili kering juga menentukan tahap kepedasan sambal kita itu nanti.



Teknik mudah membuang biji cili kering


Sebenarnya ada cara yang mudah untuk membuang biji cili kering. Anda boleh mencuba cara ini kerana ia berkesan membuang hampir 2kg biji cili daripada 6kg cili kering yang digunakan. Jom lihat caranya seperti di bawah ni:



1. Pertama sekali, rebus cili di dalam periuk/kuali sehingga lembut.



2. Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting untuk memotong cili tadi. Potong menggunakan gunting adalah mudah kerana ketika ini cili sudah lembut, seperti air sahaja. Ringan.



3. Setelah siap dipotong, tutupkan api dan rehatkan seketika. Waktu ini, akan kelihatan beberapa biji cili kering sudah keluar dari cili tu.



4. Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.



5. Di dalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan dan atas bawah. Anda akan lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang step ini sampai selesai.



6. Kalau tiada penapis, guna bakul pun boleh, janji lubangnya besar. Selain membuang biji cili, habuk cili juga dapat dibersihkan.

Cara Berkesan Buang Biji Cili Kering, cara nak buang biji cili kering, cara mudah nak buang biji cili kering,


7. Hasilnya! Jangan risau memang akan ada biji cili yang tinggal tetapi sedikit sahaja. Memang kena ada, jika tidak sambal anda tidak akan rasa pedas nanti.

Tips tambahan: Untuk menghancurkan biji cili kering ketika dikisar boleh tambahkan sedikit minyak masak.

Kredit: Mama G food Industries

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.

Carian Lain


You may also like

Tiada ulasan: