27.4.18

Resipi Asam Pedas Ikan Kembung Mudah Je Nak Buat

Buat peminat masakan pedas, sekali kala apa kata cuba asam pedas ikan kembung ni. Lagi best makan panas-panas bersama nasi panas. Memang buat kita terliur je bila memikirkannya kan? 

resepi ikan kembung masak asam pedas simple,  resepi asam pedas ikan pari,  resepi asam pedas melaka,  ikan kembung masak apa yang sedap,  resepi ikan kembung masak pindang,  ikan kembung kukus air asam pedas,  resep asam pedas ikan pari melayu,  asam pedas rebus,
Foto: blogopsi.com

Sebenarnya tak susah nak masak asam pedas ikan kembung ni. Jom cuba resipi asam pedas yang mudah ni. Anda boleh tukar ikan kembung tu. Nak guna ikan lain pun boleh. Ikan tenggiri lagi la best.!

Resipi Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahannya

3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( option)
2 biji Tomato ( di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.

Cara membuatnya

1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.

2. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya.

3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.

4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.

5. Kacau seketika dan angkat.

Nampak mudah kan resipi asam pedas ikan kembung ni? Selamat mencuba..!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Credit: Resipi Viral
Carian Lain
resepi asam pedas ikan pari,
resepi asam pedas melaka,
resepi ikan kembung masak pindang,
ikan kembung kukus air asam pedas,
resep asam pedas ikan pari melayu,
asam pedas rebus,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com