Resipi Sotong Celup Tepung Mudah. BONUS, Tips Goreng sotong Tak Meletop

/
0 Comments
April 25, 2018
Assalamualaikum semua. Kalau ke Terengganu memang tak sah kalau tak mencuba celup-celup di sana. Setiap kali aku berjalan di Terengganu bersama keluarga mesti akan makan celup tepung di Kuala Terengganu. 

resipi sotong celup tepung,  resipi sotong celup tepung rangup,  resepi sotong celup tepung,  resepi sotong celup tepung terengganu,  resepi sotong celup tepung sedap,  resepi sotong celup tepung ala thai,  resepi sotong celup tepung telur masin,

Celup-celup ni sebenarnya ialah ikan, udang, sotong dan beberapa menu lagi yang di goreng dengan tepung. Ade juga yang memanggil dengan nama celup tepung. Celup-celup ni yang paling aku suka ialah sotong celup tepung. Lagi best makan dengan pencicah sos keropok lekor homemade. Memang berpinggan-pinggan aku order. 

Sebenarnya tak susah nak buat sotong celup tepung yang rangup dan sedap. Jom cuba perkongsian resepi dari Puan huda Idris ini.

Resipi Sotong Celup Tepung Mudah

Bahan-bahan:

10 ekor sotong saiz sederhana
Seulas bawang putih
1 sudu teh lada sulah
Suku sudu teh cuka makan
4 sudu tepung gandum
4 sudu tepung jagung
Sebiji telur

Cara-cara membuatnya:

Bawang putih tu tumbuk je kasar camtu. Tak payah lumat sangat pun takpe. 

Telur tu pulak cukup sekadar pukul sekejap je. Tak perlu sampai berbuih. 

Yang tepung gaulkan sesiap tepung jagung dengan tepung gandum dalam mangkuk kasi mesra bersama. Giteww😊

Sotong yang dah siap dibersihkan dan dipotong sederhana. Masukkan cuka makan tadi. Gaulkan rata. Biarkan sekejap dalam 2 3 minit. Ni petua untuk kurangkan letopan waktu menggoreng nanti.


Masukkan bawang putih plak. Lumurkan rata pada sotong.


Masukkan plak lada sulah. Pun gaulkan rata biar sebati rasanya nanti. Biarkan sekejap dalam 2 3 minit.


Pastu celup sotong dalam telur ni. Jangan masuk semua skali. Masuk sesikit. Make sure sotongnya bersalut luar dalam dengan telur.


Tibalah masanya sotong terjun tiruk dalam tepung. Hehe. Ni gabungan tepung jagung dengan tepung gandum tadi. Salutkan semua skali dengan tepung.


Nampak macam mudash je kan? Terima kasih puan huda dengan perkongsian ini. Nanti aku nak try la. Insyallah

With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian Lain
resepi sotong celup tepung,
resepi sotong celup tepung sedap,
resepi sotong celup tepung ala thai,
resepi sotong celup tepung telur masin,



You may also like

Tiada ulasan:

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.