2.5.18

3 Resepi Mudah Untuk Berbuka Puasa

Assalamualaikum semua. Ramadhan bakal menjelma. Bila tiba bulan puasa ni, mak-mak la yang akan busy. Dalam kepala mesti asyik terfikir nak masak menu apa untuk berbuka dan juga bersahur. Bagi yang sibuk bekerja tu, alamatnya menu tunjuk-tunjuk je la di bazar ramadhan. Sebenarnya banyak je menu-menu dengan resepi mudah untuk berbuka puasa. Dunia teknologi ni, google je senang kan?

Dalam entri kali ni aku nak kongsikan 5 resepi mudah masak berbuka. Menu-menu ni sesuai untuk anda seisi keluarga ya.!

Resepi Ayam Masak Halia

menu buka puasa ramadhan, menu buka puasa mudah, resepi masak berbuka, menu buka puasa senang, minuman berbuka puasa, menu buka puasa untuk diet,

BAHAN-BAHAN:

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Tips: Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

Sambal Telur Ikan Bilis

menu buka puasa ramadhan, menu buka puasa mudah, resepi masak berbuka, menu buka puasa senang, minuman berbuka puasa, menu buka puasa untuk diet,

BAHAN-BAHANNYA :)

4 biji telur, digoreng mata kerbau
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1 pokok daun bawang, hiris halus
Daun salad secukupnya untuk hiasan

BAHAN SAMBAL TUMIS :)

2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :)

UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SAMBAL TELUR IKAN BILIS :- Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

kredit resepi : Chef Mat Gebu

Telur Rebus Goreng Masak Merah

menu buka puasa ramadhan, menu buka puasa mudah, resepi masak berbuka, menu buka puasa senang, minuman berbuka puasa, menu buka puasa untuk diet,

bahan-bahan :

5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
1 cawan santan pekat / susu cair
1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 sm halia (dikisar)
1 sm lengkuas (dkisar) - optional
1 senduk cili giling (-/+)
1 sudu besar puri tomato / sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap
sedikit sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.

Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.

Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api.

Masukkan telur dan gaulkan.

Bolehlah dihidangkan bersama nasi.

kredit resepi : dj@dapurku sayang

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian Lain,
resepi masak berbuka,
minuman berbuka puasa,
menu buka puasa untuk diet,

1 ulasan:

  1. yummy...semua kegemaran KG...sedapppppppppp

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com