Cara Menentukan Haid Sudah Habis Atau Kering

/
0 Comments
Mei 20, 2018

Selain darah haid, masalah keputihan dan darah istihadah (darah penyakit) adalah antara cairan yang akan keluar dari pada bahagian faraj wanita. Cairan-cairan inilah kadang kala membuatkan seeorang wanita itu berasa keliru adakah waktu keluar haidnya sudah berakhir ataupun belum lagi.


Foto: Google


Mengetahui waktu haid sudah berakhir ataupun belum adalah penting kerana ia bersangkut paut dengan ibadah yang hendak dilakukan oleh seseorang. Lebih-lebih lagi ibadah solat dn juga puasa. Jadi, bagaimana mengenalpasti sama ada darah yang keluar itu merupakan darah haid ataupun bukan?

Saintifik kejadian darah haid

Pada asalnya, darah haid merupakan cairan yang keluar dari rongga faraj akibat daripada keruntuhan dinding rahim setiap bulan apabila tiada telur (ovum) yang disenyawakan menempel di dinding rahim.

Menurut ulama, warna-warna darah haid ada lima iaitu:

1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Warna-warna ini akan berubah dari peringkat permulaan datang haid sehinggalah haid anda berakhir. Peringkat permulaan hadi, darah haid yang keluar adalah bewarna hitam dan merah gelap kemudian bertukar merah dan kuning, kemudian kuning dan keruh dan akhirnya haid anda berwarna coklat.

Semasa tempoh keruh atau kekuningan inilah ramai wanita yang keliru kerana kadangkala ia disangkakan keputihan atau darah istihadhah.

2 Tanda habis haid

1. Kering dan bersih

Tanda yang utama ialah darah haid anda sudah betul-betul kering. Ini bermaksud, tiada lagi sebarang cairan yang keluar dari ruang faraj anda. Cara untuk mengetahuinya mudah sahaja. Ambil sehelai tisu berwarna putih dan lapkan di bahagian faraj. 

Jika warna putih kapas tidak berubah, dia wajib mandi hadas dan mengerjakan solat. Namun jika di kapas ada bekas merah, kuning, keruh, atau coklat, maka tunggulah sehingga ia benar-benar bersih.


Foto: amazon.com


Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa wanita-wanita sahabat menghantarnya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.

Lalu ‘Aisyah menjawab yang bermaksud:

“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari).

2. Keluarnya cecair putih

Selain haid yang kering, satu lagi tanda haid sudah berakhir ialah dengan keluarnya cecair berwarna putih daripada faraj.


Foto: tribunenews.com


Pada ketika cecair putih ini sudah keluar dan masih lagi terdapat kesan merah ataupun coklat pada faraj, ia tidak lagi dikira sebagai haid. Anda mesti mandi wajib. 

Cara membezakan darah haid dan istihadah

Terdapat 4 ciri yang membezakan darah haid dengan istihadhah yang perlu diketahui oleh wanita.


Foto: peeonastickfreak.com


Bagi wanita yang keluar haid, mereka tidak boleh melakukan ibadah puasa dan solat, tetapi bagi wanita yang keluar darah istihadah, anda wajib melaukan ibadah-ibadah ini. Jom tengok macam mana nak bezakan darah haid dan darah istihadah.

1. WARNA
Darah haid berwarna merah gelap, sedangkan darah istihadhah berwarna merah segar (merah darah).

2. KEKENTALAN
Darah haid lebih kental manakala darah istihadhah lebih cair.

3. BAU
Darah haid berbau hanyir, sedangkan darah istihadhah biasanya tidak berbau.

4. KEADAAN DARAH
Darah haid masih kekal lembab setelah ianya keluar manakala darah istihadhah akan mengering kerana ia adalah darah dari pembuluh.

Jadi, sebagai wanita anda harus cakna dengan macam mana nak tahu bila haid anda bermula dan berakhir supaya ibadah yang kita lakukan diterim oleh Allah SWT. Selamat beramal.

With Love
Papaglamz

-sekian-


Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.






You may also like

Tiada ulasan:

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.