River of Life Tarikan Pelancongan Terbaru di Kuala Lumpur

/
18 Comments
Mei 03, 2018
Bila melihat kebiruannya di waktu malam sudah pasti akan membuat mata terleka. Kalau kita singkap kembali sejarah Sungai Klang, pasti dalam kotak fikiran kita terbayang akan sungai yang kotor. Tapi kini tidak lagi. Hasil  inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) menaik taraf sungai ini ternyata membuatkan River of Life @ Kolam Biru ini menjadi tarikan pelancongan menarik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

river of life, where is river of live, location of river of live,

Sebenarnya projek ini adalah projek yang tersenarai di dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang telah bermula pada taun 2011 dan dijangka berakhir pada 2020. Ianya menelan belanja sebanyak RM3.4 bilion dalam melakukan kerja-kerja pembersihan sungai sebagai skop utama projek meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Keroyong sepanjang 110 kilometer

river of life, where is river of live, location of river of live,

Antara tarikan yang paling menarik di River of Life ialah terdapat satu waterfront yang ada air pancut berirama dan terdapat 6 buah irama berdasarkan etnik yang akan berkumandang bermula dari jam 9.15 malam dan berakhir pada 11 malam. inilah waktu untuk kita melawat dan menyaksikan dan menikmati keindahan River of Life @ Kolam Biru  yang nampak membiru dengan irama dan percikan air yang memercik halus dan menghasilkan pemandangan seakan berkabus.

Selain itu juga, cahaya yang menyinari bangunan-bangunan bersejarah disekitar kawasan sungai ini menambahkan lagi keindahan pemandangan yang menarik yang pasti memukau sesiapa sahaja yang datang ke sini.

Jadi jangan lepaskan peluang kalau berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni untuk alami sendiri dan menyaksikan sendiri tarikan yang pasti membuat kita teruja dan terbuai leka dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung.


Jom nikmati keindahan River of Life didalam video ini:





Jadi, sesiapa yang ke Kuala Lumpur tu jangan lupa untuk singgah ke River of Life walaupun sekejap. Terima kasih Dewan Bandaraya yang telah menjadikan sungai ini satu lagi tarikan yang menarik di sini.

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

18 ulasan:

  1. alangkah indah dan cantiknya jika semua sungai di jaga seperti ini...

    BalasPadam
  2. Ingat nanti nak pegi KL semata nak tgk benda ni la ...

    BalasPadam
  3. semoga jadi contoh pd negeri yg lain..sekali menarik pelancong juga

    BalasPadam
  4. Wah, tak sangka dah berubah macam ni sekali

    BalasPadam
  5. terbaiklah DBKL ... hope lepas ni mana2 sungai yg merentas bandar tu bolehlah ambil contoh DBKL ni cantikkan sungai ...

    BalasPadam
  6. nanti nak datang sinilah..pernah lalu jer tak pernah singgah lagi hehe

    BalasPadam
  7. Indahnya tak terkata.. Bagaikan di luar negara... Hebat KL :)

    BalasPadam
  8. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    BalasPadam
  9. cantiknyaaaa..ku nampak biruuu

    BalasPadam
  10. menariknya tempat ni, bestnya pi waktu malam

    BalasPadam
  11. cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

    BalasPadam
  12. Teringin sangat nak p sana. Beruntung kita tak perlu p overseas nak tengok landskap cantik camni.

    BalasPadam
  13. betul tuu. cantik dah sekarang nii #hebatkannegaraku

    BalasPadam
  14. Kalau ada anak kecik seronok dorang tengok lampu lampu gini

    BalasPadam

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.