18.7.18

Panduan Beli Tiket Flight Tanpa Caj Processing Fees. Macam Mana Tu?

Zaman sekarang mudah untuk kita booking flight. Pelbagai cara yang kita boleh gunakan untuk booking tiket flight sama ada secara terus melalui laman-laman web rasmi syarikat penerbangan atau sahaja membeli dari aplikasi-aplikasi mudah di telefon bimbit anda.

Cara pembayaran juga mudah. Pembayaran boleh menggunakan perbankan internet seperti Maybank2U, CIMBClicks, RHBNow ataupun menggunakan kad kredit, MasterCard atau VISA.


Setiap penggunaan kaedah pembayaran yang berbeza, mempunyai cas pengurusan yang berbeza. Sebagai contoh, jika anda membeli tiket flight AirAsia menggunakan perbankan internet seperti M2U dan CIMBClicks, anda akan dicaj RM4 setiap kali anda membayar menggunakan perbankan internet.

Dan, pembelian tiket flight AirAsia menggunakan kad credit MasterCard / VISA pula, anda akan dicaj RM16 per transaksi. Agak mahal bukan? Penat-penat memburu tiket murah, lepastu kena caj mahal untuk processing fees. Serupa beli harga biasa!

Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada cara yang anda boleh cuba untuk mengelakkan daripada processing fees Air Asia ni. Caranya dengan menggunakan kad BIGPay AirAsia. Dengan menggunakan AirAsia BIGPay ini, anda hanya perlu bayar harga tiket flight saja. Zero processing fees!


BIGPay AirAsia ni sejenis debit card. Korang perlu top up card ini dan boleh guna di mana-mana saja seluruh dunia! Janji ada logo MasterCard. Rate dia pun berbaloi tau. Dan yang paling best, setiap transaksi pembayaran, korang akan dapat BIG Points AirAsia! Dengan BIG point Air Asia yang terkumpul ini, anda boleh redeem tiket flight PERCUMA.

Cara untuk mendapatkan kad BIGPay AirAsia

1. Download apps BIGPay di Google Play / Apps store
2. Apply kad BIGPay melalui apps BIGPay 
3. Top up RM20 untuk aktifkan kad tersebut.
4. Jangan lupa masukkan referal code VYIKXEICWE dan anda akan dapat  RM10 secara percuma!

Kad debit BIGPay anda akan dipos dlm masa 2 minggu selepas kad diaktifkan. Dan anda boleh gunakan kad tersebut untuk beli tiket AirAsia pelbagai lagi! Cepat dapatkan kad BIGPay ini!

Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk Wah! Beli Tiket Flight Tanpa Caj Processing Fees. Macam Mana Tu? sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com