Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

1.8.18

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Menggunakan Timun Sahaja!

Assalamualaikum semua. Pagi-pagi lagi berpetua pula kita hari ni kan. Sebenarnya banyak petua hilangkan jerawat yang kita boleh baca dan mencubanya. Yang pasti semua itu dengan menggunakan bahan-bahan alam semulajadi. Antaranya ialah dengan menggunakan timun.

Aku terbaca satu posting facebook saudara Nauf Safuan, seorang pakar timun rasanya yang berkongsi resipi mudah membuat toner timun sebagai cara untuk menghilangkan jerawat dengan mudah.

 http://www.papaglamz.com/2018/08/petua-hilangkan-jerawat-dengan-menggunakan-timun-sahaja.html

Jom ikuti resipi mudah ini

Bahan-bahan:


1/2 batang timun
1/2 biji lemon
Penapis teh
Penyagat

Cara-cara membuatnya

1. Sagat timun sehingga habis dan asingkan air timun dengan hampasnya.


2. Ambil air timun tadi dan campurkan dengan perahan lemon. Ini khusus untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Bagi yang tidak berminyak, tidak payah menggunakan lemon.


3. Masukkan campuran ini ke dalam botol spray.

4. Gunakan setiap pagi dan malam dengan spray kan campuran ini keseluruh wajah sambil mengurut sebentar.

Dikatakan, tonet timun ini sangat sesuai sebagai petua untuk mengecutkan jerawat serta menghalang dari terus merebak ke kulit wajah kita. Para wanita dan juga mereka yang ingin bebas dari jerawat merebak, jangan lupa untuk mencuba membuat toner yang mudah ini.

Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. wah mudahnya. saya memang ada masalahh berjerawat dan kulit muka berminyak. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 701

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com