16.9.18

4 Destinasi Pelancongan Wajib Pergi Jika Anda Ke Phuket

Bila bercakap tentang negara yang mempunyai laut-laut atau pantai yang cantik dan indah, sudah pasti negara Tailand termasuk antara negara yang kaya dengan laut dan pantai yang cantik dan terkenal di dunia. Banyak destinasi pelancongan wajib pergi jika anda ke sini.


Sebab itu Thailand seringkali menjadi destinasi yang dikunjungi oleh para pelancong bukan sahaja dari negara sekitarnya, malah pelancong dari seluruh Asia Tenggara dan Eropah juga bertandang ke Thailand untuk bercuti. 

Di Thailand, Phuket merupakan pulau terbesar dan juga mempunyai pulau-pulau kecil di sekitarnya. Phuket menjadi tarikan kepada kebanyakan pelancong kerana di sini mempunyai laut dan pantai yang sangat indah dan cantik.

Jom ikuti senarai laut yang indah dan cantik yang terdapat di Phuket Thailand.

James Bond Island


Foto: CBSTravelAsia

James Bond Island terletak di kawasan Taman Nasional Teluk Phang Nga, yang merupakan lokasi penggambaran filem James Bond 1974 yang dibintangi oleh Roger Moore, Man dan Golden Gun. 

Foto: Google

Di sini, terdapatnya lokasi-lokasi yang cantik yang anda boleh ambil gambar sebagai kenang-kenangan ketika bercuti di Phuket. Keindahan lautnya membuatkan pulau ini mampu menarik pelancong yang ramai tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Aktiviti menaiki speedboat merentasi pulau adalah aktiviti yang sangat menarik dan popular di sini.

Similan Island


Foto: EasyDayPhuket

Similan merupakan salah satu kepulauan yang ada di Phuket. Memiliki sembilan pulau, Similan menyimpan keindahan bawah laut yang menakjubkan. Menyelam di sini akan membuatkan percutian anda semakin menarik. Selain itu, keindahan di setiap pulaunya juga membuat Similan menjadi destinasi pelancongan paling popular di Thailand.

Foto: SunriseDiversPhuket

Keindahan bawah laut Similan sendiri menarik banyak perhatian para penyelam di seluruh dunia. Tidak hairan jika anda bercuti di Similan, anda akan berjumpa banyak pelancong-pelancong asing.

Nai Harn Beach


Foto: Joeysantin

Pantai Nai Harn pasti memikat dek kerana suasananya yang nyaman. Dengan suhu sekitar 29 Darjah Celcius dan latar belakang pemandangan yang indah dan cantik pasti membuatkan anda yang datang kemari terpesona. 

Foto: Thailang Island Guide

Pantai pasir putih yang sangat indah ini akan memanjakan mata kamu saat berada di pantai Nai Harn ini. Salah satu pantai yang benar-benar memikat para pengunjung untuk datang ke Phuket adalah pantai ini, karena keindahan lautnya yang mampu membuatkan anda ingin bersantai lama-lama di tepi pantai.

Phi Phi Island Ditutup


Selain tiga pantai ini, terdapat satu lagi pantai yang cantik di Phuket iaitu Phi Phi Island. 

Foto: MyThailandTours

Pantai yang berada di antara tebing-tebing batu yang besar ini memiliki pemandangan dengan yang indah dan pesona yang berbeza dari pantai lainnya di Asia. Dengan pasir putih dan ombak yang sangat landai, anda boleh menikmati pantai ini dengan bebas tanpa risaukan keselamatan anda.

Tapi sayang, Phi Phi Island ditutup untuk para pengunjung. Metik dari Astroawani online, pihak berkuasa Thailand mengarahkan pantai Maya Bay, di pulau Phi Phi yang terletak di Laut Andaman, ditutup sementara untuk empat bulan. Arahan dibuat bagi menghentikan pencemaran yang berpunca daripada pelancong. Penutupan ini bagi membolehkan pemulihan terumbu karang di pulau itu dan kehidupan laut.

Bagaimanapun, atas permintaan tinggi dari pelancong, pantai ini akan dibuka semula pada Oktober. Pantai ini menjadi tumpuan pelancong, sejak ia dipaparkan dalam filem 'The Beach' yang diarahkan Danny Boyle, berdasarkan novel tulisan Alex Garland.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Tak Sah Jika Tak Jejak Kaki Ke 4 Lokasi Ini Di Phuket" sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com