Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

25.9.18

Resipi Ayam Sweet & Sour

Assalamualaikum semua. Biasanya sweet sour ni masak bersama ikan. Agak berbeza dan jarang mendengar ayam masak sweet sour. Jom layan resipi sweet & sour chicken yang dikongsi dari instagram Majalah Rasa ni.


Resipi Ayam Sweet & Sour


Bahan-bahan

2 sudu minyak 
dada ayam tanpa tulang, dihiris dan di gaul dgn Garam dan lada 
4 cawan tepung jagung, dicampur dengan 4 sudu air, satu sudu tepung penaik dan 1/2 sudu minyak masak
1/2 cawan tomato paste
1/2 cawan jem raspberry
3 sudu besar gula perang
Sesudu cuka
1 / 4 cawan stock ayam / air biasa / jus dr nenas tin
1 / 2 cawan cili holland hijau 
1/ 2 cawan cili holland merah
1/ 2 cawan cili holland kuning
1/ 2 cawan bawang holland
1/2 cawan nenas atau 1/2 cawan nenas dalam tin, bersama 1/2 cawan air jus

Baca juga : Petua Melembutkan Daging Ayam Tua

Arahan

Dalam kuali yang tidak melekat, panaskan minyak 

Goreng kan ayam yang telah dia gaul kan dengan tepung. 

Setelah ayam keperangan dan angkat dan tos kan minyak.

Dlm minyak yg sedikit masukkan paste tomato, jem, gula perang, cuka, garam dan stock ayam/air/jus nenas, kacau hingga mendidih dan sedikit pekat

Kemudian masukkan cili, nenas dan bawang dan masak selama 1 minit. 
Kemudian masuk kan campuran tepung jagung dan air kepekatan dan kacau hingga mendidih lagi. 

Kemudian masukkan ayam dan gaul sehingga rata.. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Kredit : Majalah Rasa Via Zainab Idar

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com