Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

28.9.18

Resipi Buttermilk Chicken


Risepi Buttermilk Chicken


Bahan:

1 ketul Dada Ayam - potong kiub kecil
1 bj Putih Telur
1/2 cwn Tepung Kentucky
2 sb Butter
1 ulas Bwg Putih - cincang
2 tangkai Daun Kari
3 bj Cili Padi
1/2 cwn Susu Cair Evaporated (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Lada

Cara:

1. Perap ayam dgn garam, serbuk lada & putih telur selama 5-10 minit.

2. Golekkan ke dlm tepung Kentucky & goreng sehingga masak & garing.

3. Cairkan butter & tumis bwg putih, daun kari & cili padi sehingga wangi.

4. Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga pekat.

5. Tuangkan ke atas ayam goreng & hidangkan segera dgn nasi putih.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Kredit Fb : Resepi Memikat Suami Via Zainab Idar

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

2 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com