3.10.18

5 Perkara Yang Bahaya Dikongsi Di Laman Sosial

Assalamualaikum semua. Dunia tanpa sempadan kini memudahkan kita untuk berkongsi segala maklumat yang ada. Lebih-lebih lagi bila adanya laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi yang ada di dunia ini. Tapi, tahukan anda berkongsi maklumat yang agak peribadi di laman sosial adalah membahayakan diri, dan juga keluarga anda.

Sumber : Google

Berikut aku kongsikan beberapa perkara yang jangan dikongsi di laman sosial untuk menjaga keselamatan diri dan juga keluarga anda. 

JANGAN KONGSI 5 BENDA NI DI MEDIA SOSIAL KALAU NAK KELUARGA SELAMAT


Hasil nukilah : Taufiq Razif

1. BAGITAHU SUAMI OUTSTATION

Pencuri dan perompak paling takut dengan kehadiran sosok lelaki di dalam rumah kerana mereka tahu kebanyakan lelaki akan melawan dan mempertahankan diri dan keluarganya

Mereka paling seronok kalau mereka tahu tak ada lelaki langsung dalam rumah yang akan mereka pecah masuk

2. BAGITAHU LOKASI RUMAH

Kalau nak tunjuk lokasi 'check-in' di media sosial pun, jangan sesekali check-in di lokasi yang berdekatan dengan rumah

Lagi spesifik lokasi rumah kita dedahkan, lagi bahaya untuk keluarga kita
3. TAYANG NO PLATE KERETA

Bukan cuma info seberapa banyak saman je boleh dikorek daripada no plate ni

Alamat rumah, no ic, no telefon, dan nama penuh semuanya boleh digali hanya dengan menayangkan no plate kenderaan kita

Buka je MyEG dan MyCariInfo ataupun emailkan pada syarikat insurans kereta tu, semuanya boleh digali dan dicari!

4. TAYANG NO IC DAN NO PASSPORT

Kadang kadang kita teruja sangat duk tayang keputusan peperiksaan sampai lupa nak tutup nombor ic anak kita

Kadang-kadang tu kita terupload gambar percutian kita dan keluarga sampai 'ter-snap' sekali gambar passport padahal nombor tu semua adalah data peribadi yang wajib kita lindungi

Kalau rasa ada yang curi data peribadi kita boleh je buat aduan di web aduan@JPDP.gov.my

Pihak yang sebarluaskan data peribadi kita tu boleh dikenakan hukuman sampai RM500K tau!

5. BAGITAHU KETERLAMBATAN KITA MENJEMPUT ANAK

Kadang kadang kita selalu buat posting " aduh.Terlambat lagi ambik anak aku kat sekolah "

Benda ni sendiri dah diperingatkan oleh PDRM sebab risiko untuk orang luar pantau dan intip keberadaan kita dan anak kita

Sebarang kelewatan kita, adalah risiko besar bagi anak kita jadi sebaiknya jangan kita bagitahu pada orang luar lebih-lebih di media sosial

Tolong ingatkan benda ni semua pada keluarga dan pasangan kita ye.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

10 ulasan:

  1. terima kasih untuk info!

    BalasPadam
  2. Nice info. Terima kasih!

    Bahaya kan, sekarang ni macam2..

    BalasPadam
  3. Yes! Mmg selalu ingatkan sendiri agar tak buat sperti yg disenarai diatas, lgipun lbh suka hadkan info ttg family di socMed.

    BalasPadam
  4. dulu terbiasa check in kawasan rumah kalau balik kampung. tapi lama2 ni baru sedar sekadar check in daerah je la cukup kot. bahaya plak kan

    BalasPadam
  5. betul tu bahaya. semua perkara tu elakkan kongsi di socmed

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com