Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

9.10.18

Bayi Dapat Kuning? Ini Dia Punca, Cara Merawat Dan Mengatasinya

Assalamualaikum semua. Zaman sekarang ni jarang kita dengar bayi yang baru lahir tidak kena kuning. Anak aku yang first alhamdulillah tak kena kuning masa lahir, tetapi anak aku yang second kena pula. Tapi alhamdulillah tak terlalu tinggi dan hanya 3 hari sahaja bacaan kuningnya dan turun. Ni pun macam-macam petua dan teknik menurunkan demam kuning baby baru lahir bini aku dah cuba.

Nurse Ambil Darah Dhia Husna. Umur masa ni 4 hari

Kalau ikutkan macam-macam petua hilangkan kuning bayi yang aku dengar. Nurse cakap nak kurangkan bacaan kuning bayi minum air ni la, minum itu la. Itu belum lagi mak mertua, mak sendiri, jiran-jiran yang datang bertandang nak bagi tip dan petua tradisional turunkan demam kuning masing-masing kat kitorang. 

Apa itu penyakit kuning pada bayi?


Sebenarnya apa itu penyakit kuning pada bayi? Ok la. Ni dari bacaan aku la. Secara saintifiknya, penyakit kuning terjadi sebab ada satu chemical yang dipanggil Billirubin darah bayi kandungannya sangat tinggi. Billirubin ni macam pigmen berwarna kuning pada sel darah merah. Bila chemical ini terlampau tinggi dalam darah, akan menyebabkan kulit dan mata bayi mula menguning. Dan jika perkara ini berlarutan, akan memberi kesan pada organ hati dan mengalami jaundice.

Apakah bacaan normal jaundice bayi dan apakah bacaan yang tidak normal?


Kalau korang ke klinik kesihatan, darah bayi akan diambil, untuk buat testing di dalam makmal. Sebenarnya tahap kuning seorang bayi itu ditentukan dengan bacaan kuantiti billirubin dalam darah bayi. 

Bacaan normal jaundice bayi - Tahap bilirubin yang mencapai lebih dari 85 umol/l (5 mg/dL). Tahap bilirubin yang terlebihi sedikit masih boleh dianggap jaundice bayi yang dapat dikawal.

Bacaan jaundice bayi yang memerlukan rawatan fototerapi - Tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL).

Rawatan fototerapi akan membantu bilirubin untuk bertukar menjadi biliverdin yang lebih mesra tubuh dan senang dibuang melalui najis. Pemberian susu yang secukupnya masih penting untuk menggalakkan penyingkiran biliverdin. 

Bacaan jaundice bayi yang tidak normal - Tahap bilirubin yang melebihi 428 umol/l (25 mg/dL) dan apabila tahan bilirubin gagal dikawal dengan rawatan fototerapi.

Bayi itu akan terpaksa menjalani pemindahan darah dengan darah lain.

Baca juga : Suami Perlu Lakukan 5 Perkara Ini Ketika Isteri Berpantang | Bertambah-tambah Sayang

Tips elak bacaan kuning bayi semakin tinggi


Bila dah hari-hari pergi klinik amek darah si baby, banyak la petua dan tips yang kitorang dapat untuk turunkan bacaan kuning. So, aku listkan antara tips dan petua tu di sini:

1. Ibu kena minum BLEND susu, kurma 3 bijik, kismis 7 biji.

2. Kerapkan menyusu badan. 

3. Kejut baby sekurang nye sejam-2 jam sekali bangun menyusu. 

4. Ibu elakkan makanan herba seperti akar kayu dan halia, lada hitam sebelom hilang kuning nye.

5. Aku ada mandikan anak aku dengan air herba yang aku beli dari kedai ubat cina. Kalau korang nak, pergi je kedai ubat cina cakap nak ubat mandian bayi kuning.

6. Ada juga aku cuba dengan suruh wife aku makan buah anggur hijau dan sapu sikit-sikit buah tu kat bibir baby.

Aku sedang mandikan anak aku dengan air herba

Itu je rasanya petua nak turunkan kuning bayi yang aku dengar. Aku rasa orang lain mesti ada cara tersendiri untuk turunkan bacaan kuning. Sebenarnya, nak turunkan bacaan kuning bayi, yang penting ialah kena pastikan bayi anda kencing dan berak selalu. Baru la chemical yang ada dalam darah tu terbuang dari badan. Sebab tu kena paksa bayi korang minum banyak dan jangan bagi diorang tu tidur sahaja.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

4 ulasan:

  1. Wah byk pertua, tak salah mcuba asal tak memurdaratkan. Aku dulu ikut pertua org tetua juga. Mandian bby beri beberapa titisan nila biru tu, ckp biru lebih kuat dari kuning. Ok je dia, tpi depend dengan antibodi bby kot. Ada yg serasi ada yg tak 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah! mandi dengan air nila? Seriously baru tau ni..

      Padam
  2. Masa anak pertama mandi kan dengan air herba cina dan bagi susu badan setiap 2 jam sekali. Memang waktu tu laki bini mata lebam berjaga setaip 2 jam nak susukan baby punya pasal. Dah lah susah nak nak bangun kan dia.

    Anak nombor 2 ni, disebabkan kena warded problem tak kencing 24 hours and muntah2 dari hari bersalin, kene duduk bawah lampu fototerapi. lepas keluar memang bagi susu badan 2 jam sekali.

    so far, bagi susu badan tu memang the best remedy lah untuk jaundis ni. Nurse yang datang melawat kata make sure baby minum seboleh bolehnya 20 minit untuk sebelah supaya dia boleh dapat susu pekat.

    Masa awal-awal menyusu, yang keluar tu susu cair. Kena bagi baby minum susu yang akhir akhir tu sebab lebih pekat dan baby jadi banyak berak. Biar baby banyak berak nak bagi jaundis tu berkurangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu. Sampai masuk warded n undergo fototerapi tu. Mesti kesian kan. Tak sanggup saya nk tgk baby masuk dalam kotak cahaya tu. huhu

      Yup sebenarnya kene paksa baby tu minum byk2. Baru mudah nak singkirkan chemical yang sebabkan sakit kuning tu.

      Thank sudi berkongsi cerita awk.

      Padam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com