19.10.18

Cara Dan Alasan Yang Digunakan Untuk Mendapatkan MC

Assalamualaikum semua. Bila bekerja ni ada masa semangat kerja begitu tinggi dan ada kalanya semangat untuk kerja menurun. Rasa sangat malas nak pergi kerja. Macam-macam alasan yang diberi untuk tidak datang kerja. Lagi best tu ada juga yang mengambil MC untuk tidak datang kerja.


Kalau betul-betul sakit atau tidak sihat, takpe la kalau nak ambil MC. Kalau buat-buat sakit tu yang bahaya. Tapi, doktor bukan mudah-mudah nak bagi MC kat sesiapa. Doktor mesti lagi faham dan arif sama ada seseorang itu layak untuk mendapat MC ataupun tidak.

Dalam entri kali ini aku nak kongsikan alasan-alasan umum yang sering kita gunakan untuk mendapatkan MC bila berjumpa dengan doktor.

Demam

Well, demam adalah alasan paling popular untuk mendapatkan MC. Bila korang bagi alasan demam, for sure doktor akan check suhu badan korang. Kalau betul-betul demam, suhu badan lebih 37 darjah selsius, doktor akan bagi kau ubat demam dan dengan MC sekali. Tapi kalau suhu normal tu, memang confirm menipu. Kantol la kat situ.

Tapi tak juga. Kadang doktor akan further check. Aku pernah alami dulu la. Memang aku rasa demam tapi bila check suhu badan, suhu normal je. Then doktor check tekak aku. Dia observe ada tonsel aku membengkak dan ade sikit rasheh. Jadi dapat la ubat dan MC.
Sakit Perut

Alasan sakit perut ni pun agak popular juga. Sakit perut ni samaada keracunan makanan ataupun gastrik. Biasanya keracunan makanan la. For sure bila korang bagi alasan sakit perut, doktor akan check perut korang. Doktor akan picit-picit perut. Then guna stetoskop letak dekat perut untuk dengar something la kot. Lepastu doktor tepuk-tepuk sikit perut kau. Baru la die bagi tau samaada korang sakit perut betul-betul atau tak. 

Pening Kepala

Ini juga adalah alasan yang popular untuk mendapatkan MC. Pening kepala ni agak susah nak pastikan macam mana sakitnya tu. Korang boleh je gebang tadi nak bangun tido tadi tiba-tiba pening kepala almost migrain ke kan. 

Senggugut

Sengugut ni for sure untuk orang perempuan je la. Kalau ko lelaki then jumpa doktor, cakap korang kena senggugut, memang awal-awal kena tendang keluar bilik doktor tu la. Bab sengugut ni aku tak pasti macam mana. Sebab aku tak pernah alami. Tapi aku pasti kalau betul-betul sakit doktor akan bagi korang MC. 

Itu la tadi alasan yang popular nak dapatkan MC. Walau apepun alasannya, kalau memang betul korang sakit dan tak mampu untuk datang kerja, jumpa la doktor dan minta ubat dan MC. Tapi, bagi yang buat-buat sakit tu, jujurlah dalam bekerja. Itukan sumber rezeki kita kan. Kalau dah betul-betul malas nak datang kerja, minta la cuti tolak cuti tahun.

Kalau cuti dah tak ada dan bos tak bagi cuti. Datang la kerja. Iklaskan hati. Semoga kita mendapat rezeki yang baik lagi barakah. Insyalah. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

1 ulasan:

  1. Alasan piawai tu XD. Doktor yang berpengalaman, dia boleh tahu betul ke tak orang sakit seperti yang dikatakan

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com