Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

17.10.18

Kek Coklat Bersama Topping Rose Buttercream Buat Anak Tersayang

Assalamualaikum semua. Belek-belek gambar lama terjumpa gambar kek coklat yang cantik ni hasil tangan aku. Kek coklat untuk hari jadi ni aku buat khas untuk anak aku yang sulung. Biasanya kek coklat homemade yang aku buat hanya sekadar disiram dengan choclate ganche dan tabur dengan coklat rice je. Tapi kali ni aku saja buat agak berbeza. Kita letak rose buttercream atas kek tu. 


By the way, susah juga nak adjust tangan untuk buat bunga ros tu ya. Dalam banyak-banyak kuntum aku cuba buat, hanya beberapa kuntum je yang senonoh rupanya untuk aku letakkan di atas kek coklat yang aku buat ni. 

Seronok la tu dapat kek dari ayah dia.

Siapa yang follow aku di blog, fb dan instagram tentu korang tahu au ada jual kek. Rasa dah lama aku tak menjaul kek. Update pasal kek di fb dan ig pun dah kurang. Agak busy siki sekrang ni. Bila kerja shift ni. Life aku agak kelaut. Kadang nak setting otak kejap nak kerja pagi, kejap kena kerja malam, buat otak aku macam bengong dan tak boleh nak berfikir dengan waras. Insyallah satu hari nanti aku dapat addapt dengan schedule kerja yang macam ni. Amiin.

Baca juga : Resepi Butter Kek Gebu yang Mudah dan Sangat Sedap

Ok la, dalam entri ni aku nak kongsi resipi kek coklat yang biasa aku buat kat korang semua. Selamat mencuba ya!


Bahan-bahan untuk kek

2 Cawan tepung gandum / tepung kek
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
2 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak / butter
1 cawan air suam
1 sudu teh coklat emulco (Perasa coklat)
3 biji telur gred A

Bahan-bahan topping

1/3 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan butter
1/2 cawan air suam

Cara membuatnya

Ayakkan tepung gandum, serbuk bikarbonat, baking powder dan serbuk koko.

Putar gula castor dan telur. Kemudian masukkan minyak atau butter. Kemudian masukkan telur, coklat emulco, susu cair dan air suam. Putar sehingga semua bahan sebati.

Campurkan bahan yang telah diayak ke dalam campuran yang di putar tadi sedikit demi sedikit.

Putar hingga tepung dan semua bahan sebati dengan sempurna.

Panaskan oven 180 degree celcius.

Masukkan adunan kek kedalam loyang.

Masak selama 40 minit

Untuk topping, campurkan cucu pekat, serbuk koko, butter dan air dalam periuk kecil. Panaskan atas api sambil kacau sehingga bahan tadi mendidih.

Setelah kek masak dan sejuk. Tuangkan bahan topping diatas kek. 

Untuk hiasan boleh la letakkan coklat chip ataupun coklat rice.

Sedia untuk di makan.

Mudah kan? Kalau buat betul-betul 2 jam je dah siap. Harap resepi ini membantu korang semua. 

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

2 ulasan:

  1. uish sedapnya! tambah ada munge munge tu

    BalasPadam
  2. untungnya pandai buat kek.. tangan MN tak jadi buat kek atau kuih

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com