11.10.18

Petua Semulajadi Nak Hilangkan Lenguh-lenguh Dan Bisa Badan

Masalah lenguh dan badan berbisa sangat-sangat mengganggu aktiviti seharian kita. Bila sakit itu datang memang tiada satu kerja pun yang kita lakukan. Bisa dan lenguh-lenguh badan berpunca daripada tubuh kita yang terlalu letih melakukan kerja seharian ataupun adanya nagin yang tidak lawas dalam badan.

Banyak cara yang kita boleh ambil untuk melegakan lenguh dan juga bisa-bisa dibadan. Jom ikuti resipi untuk menyingkirkan angin dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi ini. Insyallah jika diamalkan, ia dapat melegakan kesakitan anda. 


Petua Semulajadi Nak Hilangkan Lenguh-lenguh Dan Bisa Badan


Bahan-bahan:

Segenggam kacang hijau
21 hiris halia
Seulas bawang putih. (Biar seketul macam tu je jangan dihiris)
Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk.

2. Tambahkan 5-7 cawan air.

3. Biar didih dan kacang pecah sedikit.

4. Bila kacang sudah pecah seperti ini, tutup api. 

5. Minum air rebusan ini. Amalkan setiap hari. Insyallah berkesan.

Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Segarnya! Air Rebusan Kacang Hijau Dan Halia, Atasi Lenguh Dan Bisa Badan" sebagai penulis jemputan. 

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

3 ulasan:

  1. Orang2 dulu selalu buat macam ni.
    Bubur kacang hijau kosong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. patut la org2 dulu sihat sampai ke tua. mmg amalkan benda2 semulajadi.

      Padam
  2. terbaek.. bolehlah ejulz guna petua ni nanti :)

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com