Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

2.10.18

Resipi Ayam Goreng Pedas Ala Korea

Assalmualaikum semua. Sekarang ni kan sedang trend menu ayam goreng pedas ala Korea kan? Ni semua hasil dari pengaruh lambakan drama-drama Korea yang ada di negara kita. Bukan nak sembang pasal drama. Nak sembang tentang resipi ayam goreng pedas ala Korea ni yang tengah viral sekarang.


Korang yang suka makan ayam pedas korea ni oleh la cuba!

Resipi Ayam Goreng Pedas Ala Korea


Resipi dari Wawa Syalwawa Via ainad Idar

Bahan perap ayam:

10 ketul drummet - tak sampai sekilo bersih n toskan
7 ulas bawang putih 
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam 
1 sudu gula 
Secubit garam

Cara membuatnya:

1.Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat ... sy xpkai blend sy tumbuk 1 1 smp halus semua nya 
2.Lumur pada ayam dan perap minimum 30 minit ... lg lama lg bagus

Bahan2 tepung goreng ayam:

1 senduk tepung gandum
1 senduk tepung jagung

Cara nak gorengnya:

1.Sebatikan kedua-dua tepung kering
2.Ayam yg dh diperap td masukkn ke dalam adunan tepung sambil golek2 kan ayam td 
3. Ready to deep fry dan minyak betul2 panas dan masuk ayam control ja api smp ayam sume masak
4. Dah siap ayam goreng toskan minyak smp btul2 kering


Bahan sos:

3 ulas bawang putih 
2 sudu cili blender
2 sudu besar gula
4 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu madu
1 sudu juice lemon
Garam secukup rsa

Cara membuatnya:

1.Tumis bawang putih dan cili blender sehingga garing dengan sedikit minyak
2. Masukkn sos cili, sos tomato, gula dan madu
3. Biarkan seketika kemudian masukkn juice lemon 
4. Kacau sebati masukkn garam dan sejukkn

Bahan hiasan:

Sanggai bijan secukupnya
Daun bawang hiris

Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com