Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

15.10.18

Resipi Ikan Masak Singgang

Assalamualaikum semua. Kalau duduk di Pantai Timur tak kenal singgang memang ta ksah ya! Kalau kat kampung aku, ikan masak singgang ni macam masak pindang gitu la. Cara masak ikan singgang pun ala-ala nak sama dengan cara ikan masak pindang. Cuma ada la sedikit perbezaan antara ikan masak singgang dengan ikan masak pindang.


Ok la, dalam entri kali ni aku nak kongsi resipi ikan masak singgang yang mudah tapi sangat marbelous. Resipi ni telah dikongsi oleh saudara Wan Luqman dalam postingnya di facebook beliau. Katanya resipi ini adalah resipi turun temurun Terengganu dari mak beliau. Wah! mesti best kan? Masak pula dengan kepala ikan tenggiri. Makan dengan budu pula tu, memang terbaik la!


Resipi Ikan Tenggiri Masak Singgang


Bahan-bahan:

Foto: Wan Luqman

Ikan Tenggiri
2 biji kunyit hidup (besar ibu jari ditumbuk kasar)
Lengkuas (tumbuk kasar)
12 batang cili
Sedikit biji ketumbar
2 ulas bawang putih
3 keping asam keping
Garam
Cara memasak:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan isi air sampai tenggelam.

Foto: Wan Luqman

2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan sehingga masak.

Foto: Wan Luqman

3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa sendiri.

Foto: Wan Luqman

4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. Lagi menarik jika dimakan bersama tempoyak budu, ulam-ulaman da ntelur dadar sebagai pelengkap hidangan.

Foto: Wan Luqman

Mudah je kan? Sebenarnya boleh je nak tukar ikan lain. Ikut citarasa sendiri. Semalat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian- 

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

3 ulasan:

  1. Sini ckp resepi sup terjun. Semua main campak2 😁 sedap ni

    BalasPadam
  2. fav nie...makan pulak ngan sambal belacan..terangkat boh

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com