1.10.18

Resipi Kek Red Velvet Bersama Frosting Cream Cheese

Assalamualaikum semua. Alkisahnya aku ni nak mencuba buat kek red velvet. Jadi, aku cari la resipi membuat kek red velvet yang ada di google. Macam biasa la kalau bab cari resipi kek ni aku akan refer blogger masakan nombor 1 Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Kak Eny kan.

Sebab dah kenal dan pernah jadi anak didik dia dalam kelas online belajar membuat brownies hari tu, aku pun soal selidik sikit la tentang resipi kek red velvet yang Kak eny share di blog tu. Takut kalau buat membabi buta tak jadi pula kan? Dalam buat kek ni aku paling risau bab nak buat frosting. 

Saja buat kek untuk anak sendiri

Antara persoalan yang selalu timbul kalau nak buat frosting cream untuk kek ialah berapa kuantiti nak buat untuk cukup sapu satu kek dan macam mana nak biarkan frosting yang kita buat tu tak mudah cair dan mudah untuk kita handle semasa proses membuat sapuan cream pada kek.

Baca juga : Resepi Butter Kek Gebu yang Mudah dan Sangat Sedap

Alhamdulillah Kak Eny share sikit sebanyak perkara yang aku tanya tu dan aku cuba la membuatnya. Alhamdulillah menjadi. Resipi kek tu aku memang follow sepenuhnya. Cuma untuk rsipi frosting cream cheese aku ada modified sikit. 

Inilah hasilnya. Nampak tak rata sangat dan comot kan? Well, first timer katakan.

Jom layan resipi Red Velvet Cake ni. Memang resipi dari Kak Eny tau!

Kek Red Velvet Gebu 


Acuan 7 inci. 
Untuk kek 9 atau 10 inci dan 3 lapis, gandakan menjadi 2 adunan

Bahan A

170g mentega
150g gula castor - saya pakai 120g utk kurang manis
3 biji telur

Bahan B (kering) – ayak sekali

250g tepung naik sendiri
½ sudu kecil baking soda
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil garam halus

Bahan C – campur dan sebatikan

1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan :

Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang 

Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul 

Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering

Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing)

Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak

Inilah rupanya kek sebelum aku tutup dengan cream cheese. Merekah-rekah. Sebab suhu oven tak betul. Terlalu panas

Resipi Frosting Cream Cheese


Aku ada ubah sikit kuantiti butter yang digunakan

Bahan-bahan 

350g cream cheese
250g butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla

Cara penyediaan 

Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama butter hingga kembang dan sebati. Masukkan vanila.

Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang tetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair.

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

2 ulasan:

  1. Wah red velvet ceeam cheese. Sedap tu. Suka buat versi cupcake.

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com