Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

12.10.18

Resipi Kuah Steamboat Homemade Ala-ala Johnny's

Assalamualaikum semua. Sekarang ni kan tengah viral orang makan odon dengan kuah buat sendiri kat rumah kan? Haa kali aku nak share resipi yang aku dapat dari Diana Aziz melalui group Masak Apa Hari Ni (MAHN) ni facebook.


Resipi Kuah Steamboat Homemade Ala-ala Johnny's


Bahan-bahan untuk kuah

2 paket pes tonyam adabi
1 paket pes tomyam asam pedas adabi
2 paket pes tomyam kung adabi
1biji bawang holland
daun limau purut
gula, garam, perasa (agak2 la ye byk mana)
air satu jug
(satukan je smua bahan)
Bahan-bahan sos penciciah

6 tangkai lada merah
4 ulas bawang putih
5 sudu besar minyak zaitun
5 sudu besar lime juice
5 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sb kicap kipas udang
1/2 @ 1 cawan air
1/2 sudu besar sunquick
Daun ketumbar * racik halus
bijan digoreng tanpa minyak (sape tak suka tak yah letak ye) 
Garam dan gula secukup rasa * yang ni takde sukatan..pndai2 la korang rasa n tambah mna yg kurang ye.


Cara-cara membuat:

1. Kisar lada bersama bawang putih.

2. Masak atas dapur bersama air, minyak zaiton, ,sos ikan,lime juice @ cuka, kicap,sos tiram.

3. Masak sampai pekat then baru masuk sunquick.

4. Perasakan dengan garam n gula...kalau rasa dah okey..masukkan daun ketumbar dan bijan.. ok dh siap.. mudah kn.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

7 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com