11.10.18

Westlife Comeback 2018 - Keluarkan Album Baru Setelah 6 Tahun Berpecah

Assalamualaikum semua. Siapa tak kenal Westlife kan. Boyband hujung 90an dan begitu terkenal sepanjang tahun 2000an ini memang sangat-sangat menjadi pujaan ramai. Bagi yang tak tahu, pada 2012, Westlife mengumumkan pembubaran mereka dan kini Westlife membuat comeback 2018 dengan perancangan ingin mengeluarkan album baru mereka. 

Memetik dari Express, Westlife sememangnya tidak sabar untuk mengeluarkan album comeback mereka pada tahun 2018 dan berharap agar peminat-peminat mereka masih lagi inginkan lagu-lagu yang mereka ketengakan seperti dahulu. 

Bezanya! Dulu-dulu nampak nerd je. Sekarang ni GANTENG BANGET..!!!!
Dari kiri - Kian Egan, Nicky Byrne, Mark Feehily, Shane

Pasti ramai yang tak sabar akan kemunculan mereka ni kan? Korang ingat lagi wajah-wajah ahli kumpulan Weslife yang terdiri daripada Brian McFadden, Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, dan Shane. Untuk album comeback westlife 2018 ni salah sorang daripada anggota asal iaitu Brian tidak akan bersama atas sebab yang tertentu. Yela, mungkin Brian ada komitmen lain kan. Bukan mudah nak satukan dorang ni semua dalam satu masa kan.


Senarai lagu westlife yang best

Ok la, dalam banyak-banyak lafi westlife yang mereka keluarkan dulu, berikut senarai lagu Westlife yang memang menjadi pujaan hati aku. Dari dulu sampai sekarang aku masih lagi layan lagu-lagu ni.

Westlife - Flying without wings
Westlife - If I Let You G
Westlife - What Makes A Man
Westlife - Swear It Again
Westlife - Unbreakable
Westlife - Fool Again
Westlife - What About Now
Westlife - You Raise Me Up
Westlife - I Lay My Love on You
Westlife - My Love
Westlife - More than Words

Dan dalam list ni lagu paling berhantu bagi aku tak lain tak bukan ialah Flying without wings dengan My Love. Memang WOW! Banyak kali aku tengok video muzik diorang kat youtube. Korang pulak apa list lagu paling korang suka dari Westlife? Meh la kongsi.

Koleksi Album Westlife 1999-2010


Memetik dari Rico Blog, sejak penubuhan Weslife pada tahun 1999 sehingga pembubaran kumpulan ini pada 2012, mereka telah mengeluarkan sebanyak 11 album seperti berikut:

Album pertama : Westlife (1999)


Album ke-2 : Coast to Coast (2000)


Album ke-3 : World of Our Own (2001)


Album ke-4 : Unbreakable – The Greatest Hits Vol. 1 (2002)


Album ke-5 : Turnaround (2003)


Album ke-6 : Allow Us to Be Frank (2004)
**Bermulanya dengan 4 orang ahli


Album ke-7 : Face to Face (2005)


Album ke-8 : The Love Album (2006)


Album ke-9 : Back Home (2007)


Album ke-10 : Where We Are (2009)


Album ke-11 : Gravity (2010)


With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

10 ulasan:

  1. semua orang duk cerita pasal ni skrg haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haar. sbb diorg nk buat comeback. ramai la yang tertunggu-tunggu

      Padam
  2. layan sampai album ketiga dorang je,kalau dalam album ada 10 lagu, memang semua boleh hits

    BalasPadam
  3. Lagu diorang banyak yang hits ! Pssstttt ganteng bangetttt sekarang weyyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Well. Lelaki ni lagi tua lagi ganteng. Hahahah

      Padam
  4. bila tengok weslife nie terasa dah MN nie dah tua,sebab membesar dengan lagu dia orang nie

    BalasPadam
  5. lagu zaman remaja dulu2. hehe

    BalasPadam
  6. Dulu jambu skrg macho betul..

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com