1.12.18

Asyik Apam Nasi Je. Apa Kata Cuba Resipi Apam Labu Pula

Ternyata kini apam telah melalui revolusinya yang tersendiri. Kebiasaannya apam dibuat dengan menggunakan nasi sebagai bahannya. Tetapi berbeza pula dengan apam yang dibuat dengan menggunakan labu. 


Buat peminat labu, tentu sahaja ini satu peluang anda untuk menikmati labu dengan gaya yang berbeza. Apa tidaknya biasa labu dimasak menjadi pengat sebagai menu pemanis mulut. Mungkin kali ini kita mencuba sesuatu yang berlainan pula.

Resipi Apam Labu


Bahan-bahan

Labu Setengah Biji
2 Cawan Gula Pasir
2 Cawan Santan Pekat
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Tepung Beras
1 Sudu Teh Baking Powder
3 Sudu Teh Susu Pekat

Baca juga : Resipi Ikan Masak Singgang

Cara-cara membuatnya

1. Labu dibuang kulit direbus sehingga lembut.


2. Blender kesemua bahan dan biarkan adunan perap selama 2 jam.

3. Sapu minyak pasa acuan dan masukan adunan ke dalam acuan.

4. Kukus selama 20 minit.


5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.

Kredit: Resepi Apam Gebu

With Love
Papaglamz

-sekian-

4 ulasan:

  1. Best ni, belum pernah try. Nnt2 nak try

    BalasPadam
  2. ok thanks share resepi, nnt nak try kebetulan ada labu kuning petik dari kebun ni..

    BalasPadam
  3. Wahhh, nampak menyelerakan kuih Apam Labu ni... pasti saya akan mencubanya nanti.... labu pun boleh buat keropok kan?

    http://hegelatan.blogspot.com/

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com