3.3.19

Biskut Pisang Montel. Biskut Raya Bakal Viral 2019.

Assalamualaikum semua. Saja pagi ni tengok-tengok facebook group masakan. Cuci-cuci mata tiba-tiba ternampak satu biskut pisang montel yang agak cute ni. Aku tak pernah langsung dengar biskut ni. Agak-gak boleh jadi biskut raya viral tahun ni tak?


Untuk memastikan resipi biskut pisang montel ni tidak hilang dari radar aku, jadi aku konsikan semula resipinya kat blog aku. Kredit buat Kak Zaimah Zakaria yang sudi kongsi resipi biskut pisang yang mudah dan sangat-sangat cute ni.


Banana Cookies


Bahan A

170 gm butter
60 gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen pisang
-kacau dgn senduk saja semua bahan2

Bahan B

300 gm tpg gandum
20 gm tpg jagung
20 gm susu tepung
-ayak semua bahan.. masukkan ke dlm bahan A
-uli smp jd doh.. kalau nak sama besar timbang doh 10@15 gm
-masukkan inti kcg tanah yg dicampur dgn gula
-bentukkan doh jd pisang
-bakar pada suhu 170° selama 30 minit


Bahan Coklat

Coklat putih+ pewarna lemon yellow
Dark coklat
-masak coklat guna kaedah double boil
-celup biskut satu2 ke dlm coklat..coklat dah keras br sapu dark coklat


Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

3 ulasan:

  1. makan sebijik mesti dh kenyang tu

    BalasPadam
  2. Kejap nampak mcm pisang, kejap mcm isi durian haha.. Nice sharing

    BalasPadam
  3. assalamualaikum.. gula halis tu gula kastor atau gula aising?

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com