7.3.19

DIY Penggantung Kunci

Assalamualaikum semua. Kunci selalu je hilang sebab anak-anak buat main? Kunci letak atas meja anak-anak mudah nak capai? Ni lah antara masalah yang seringkali ibu dan bapa hadapi.

Sebenarnya dah banyak kali aku kena troll dengan anak-anak aku bab hilangkan kunci. Entah mana-mana je diorang buat main. Memang tempat letak kunci yang ada kat rumah aku agak mudah dicapai oleh diorang.

So, untuk elakkan benda ni jadi lagi, kita DIY penggantung kunci. Sebab kebetulan ada batang mop yang dah patah dan nak dibuang. Tengok tools dan barang-barang lain pun ada. So kita buat la.


Mudah sangat nak buatnya pun. Cuma perlukan batang mop yang dah tak digunakan, paku, penukul besi dan pisau besar atau parang untuk potong batang mop.


First, korang potong batang mop ikut kesesuaian panjang yang korang nak.

Then, letakkan paku sepanjang batang mop. Yang aku buat, jarak antara paku tu dalam 1 jengkal.

Paku sampai habis sepanjang batang mop dan dah siap. Boleh lah gantung kat dinding berdekatan pintu rumah korang.


Mudahkan? Selamat mencuba..!! 😘😘

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com