Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

17.8.19

PUDING KARAMEL AKA PUDING TELUR

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba terbaca satu resepi puding karamel yang mudah ni kat facebook. So, saya nak share kat blog la untuk simpanan saya. 


Korang masak ape untuk makan malam ni ? Efa tak masak pun sebab dah muak dengan daging, tapi disebabkan lapar so kita buat puding untuk dessert malam ni. Jangan khuatir dengan resepi efa sebab setiap resepi yang efa share semuanya semudah A B C janji sedap & nampak cantik untuk dimakan.

Puji diri sendiri jela. Nak harapkan orang puji memang takde. So, jom follow cara dibawah.

Jom tonton : Best and Easy Creamy Butter Chicken Recipe

RESEPI PUDING KARAMEL AKA PUDING TELUR


Bahan - bahan:

1- susu pekat manis
2 - susu krimer ( brand dibawah memang the best sbb rasa lemak2 gitewww) 
3 - Telur 10 biji
4 - 1/4 camca kecil tepung jagung
5 - 1 camca kecil esen vanila
6 - 1 cawan gula kasar


Cara - caranya:
  1. Masukkan kesemua bahan di atas kedalam blender kecuali gula . Blend sehingga naik buih . Tapiskan buih yang ada supaya bila puding masak ianya akan nampak cantik.
  2. Panaskan kuali & masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang anda suka . Tunggu sehingga gula bertukar menjadi keperangan . Kacau dengan api yang perlahan supaya gula tidak hangit . Tutup api & kacau sehingga gula keperangan itu sedikit sejuk . Biarkan ianya sejuk sebelum masukkan kedalam bekas. 
  3. Bila gula tadi dah sejuk , masukkan bahan yang diblend tadi ke atas gula yang telah kita sejukkan . 10 biji telur yang diblend tadi boleh buat 2 bekas tau . Kukus je sehingga masak . Kebiasaannya yang efa buat masa yang diambil hanya 25 minit.
  4. Dah masak kan?? uolls kena sejukkan dulu sebelum letak dalam peti ais . Waa !! Bila dah sejuk bolehlah dihidang . Perghhh meleleh uolls . Kalau tak tahan dengan lelehan & bau puding tu boleh je ngapppp.

It's DONE !! Senang je kan?

Jom pikat perut suami & anak-anak dari masakan air tangan kita . Biasakan masuk dapur walau uolls tak pandai masak sebab kalau tak pandai uolls kena rajin belajar & pastikan perut family kenyang dengan masakan kita.

SELAMAT MENCUBA

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com