Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

20.8.19

Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum VIRAL. Anda Patut Cuba

Assalamualaikum semua. Sekarang ni sedang viral tentang aiskrim malaysia ala magnum kan? So, saya pun tak nak la melepaskan peluang untuk mencuba resepi aiskrim malaysia ala magnum ni. Tengok macam mudah je resepi dia. Bahan-bahan pun memang ada kat rumah ni. So, jom kita layan cara nak buat aiskrim malaysia ala magnum ni.

Jom tonton : Video penuh saya buat aiskrim malaysia ala magnum yang viral ni 




Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum VIRAL


Bahan-bahan

1) 1/2 tin susu pekat manis
2) 1 kotak susu segar (sebarang jenis)
3) 1 sudu ovelet
4) 1 sudu esen vanilla 
5) Coklat beryl's coin

Cara-cara membuatnnya

1. Campurkan susu pekat, susu kotak, ovelet dan vanila di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga semua bahan bercampur dengan sempurna.

2. Masukkan coklat coin ke dalam plastik airkrim dan rendamkan ke dalam air panas sehingga coklat cair.

3. Ratakan coklat sepanjang plastik aiskrim.

4. Masukkan campuran susu yang telah diblender ke dalam plastik aiskrim malaysia. Kemudian ikat.

5. Bekukan aiskrim yang telah siap di dalam peti sejuk. Minumum 5 jam ataupun sehingga keras.

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. alaa xrajin nak buat. makan rajin la

    BalasPadam
  2. Senangnya nak buat tapi tu la..fridge kat rumah seremban tu selalu penuh...susah nak berekperimen...

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com