Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

23.8.19

RESEPI BERGEDIL SPECIAL

Assalamualaikum semua. Siapa suka makan soto, konpem suka bergedil. Macam tak sah gitu, makan soto tanpa bergedil. Boleh mendatangkan marah sampai mata terjegil.

Dia punya rasa sodap yakmat. Rasa enak kentang, bawang goreng, telur perghhh dahsyat. Boleh ratah sepinggan ni, kalau tak hiraukan berat badan meningkat.

Jom tonton : Daging masak kicap mudah step by step

1.5 kg kentang (dipotong, digoreng dan dilenyek halus)

Masukkan:

Segenggam daging cincang yang sudah dimasak sedikit terlebih dahulu
Segenggam bawang goreng
Sedikit garam
1 sdb serbuk lada putih
1 sdb tepung jagung


Kesemuanya digaul rata dengan kentang tadi. Bulat bulatkan atau guna acuan (terpulang pada individu)

2 biji telur dipukul bersama
1 sdb tepung jagung

Golekkan kentang tadi ke dalam telur sebelum digoreng.

Nak lebih banyak resepi best best, follow fb Maria Binti Talib

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian

1 ulasan:

  1. Senang je nak buat. Tapi ai tak reti makan begedil.

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com