Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

15.8.19

Resepi Buat Cakoi. Boleh Makan Waktu Minum Petang

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share resepi mudah membuat cakoi. Jom kita tengok dahulu bahan-bahannya.

Jom tonton : Cara Mudah Nak Buat Jagung Manis Lemak Berkrim

Resepi Buat Cakoi. Boleh Makan Waktu Minum Petang

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung roti
1cwn air
1 sd teh yist segera
1sd bsr gula
1sd bsr susu pkt
1 biji telur
1 sd teh garam
1/2 sd teh soda bikarbonate
2 sd besar minyak mazola/minyak masak
1 sd bsr shortening
1/2 sd teh cream super(klu xada xpyh pening2 nk cri..itu sy tambh sbb benda dah ada..)
Minyak utk menggoreng


Cara-cara memasak

  1. Dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan yist segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan . Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak,telur dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.
  2. Masukkan shortening & cream super uli hingga doh sebati dan lembut.
  3. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 atau 2 jam..sehingga doh kembang 2kli gnda.
  4. Tumbuk2 doh buang angin..ambil doh sdikit dan digelek dgn roller pin/kayu penggelek,potong mngikut saiz yg dikehndaki..guna lidi sate celup air dan sapu atas doh yg dipotong tdi dan ditindih dgn satu lg doh...
  5. Tarik sedikit doh dan digoreng dlm minyak pns hingga kekuningan dgn api sederahana.
  6. Angkat dan toskan minyak dan boleh dihidangkan dgn sekaya atau kuah kcg.
Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

3 ulasan:

  1. nasib baik cream super tu ada boleh, takde pun boleh..
    thanks sharing resepi ni!

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com