Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

26.8.19

Resepi Ikan Merah Masak Pindang

Assalamualaikum semua. Dah masak ke belum tu? Ni ha nak share resepi ringkas dan mudah untuk mak mak yang super duper busy tapi nak makan sedap. hihi. Lauk ni memang simple, kena gaya, 2 3 pinggan jugak la bertambah.

Meh nak kongsikan resepi tu.. tak masak juga tak tau la nak kata apa.


Hmm.. Macam panjang je mukadimah nih.. Dah la, jom layan resepi ikan merah masak pindang.

Bahan-bahan:

1 ekor ikan ikan merah (500 gram) 
1 biji limau nipis 
1 ikat kemangi/basil ambik daunnya 
2 buah tomato merah, hiris-hiris besar 
3 buah belimbing buluh, belah 2 
2 batang serai, ketuk
3 lembar daun limau 
1 ruas jari lengkuas, ketuk 
1 ruas halia, bakar lalu ketuk 
1 ruas kunyit, bakar lalu ketuk 
7 butir bawang merah, hiris tipis 
4 ulas bawang putih, ketuk, cincang halus 
5 buah cili merah, hiris senget-senget
7 biji cili api ( untuk orang berpantang tak perlu letak cili ) 
1 sdm bawang putih goreng untuk taburan

Jom tonton : Resepi Rempah Ayam BBQ Edisi Masak Outdoor di Pantai Cherating

Cara-cara memasak

1. Siang ikan dan sisiknya, potong-potong lepas tu cuci bersih, lumurkan dengan airlimau nipis, perap selama 15 menit didalam peti ais, cuci balik lepas tu toskan.


2. Tumis dua bawang sampai wangi, masukkan serai, daun limau, kunyit, halia & lengkuas yang dah diketuk tadi, gaul rata, buh air biarkan memndidih.


3. Selepas mendidih masukkan ikan & cili merah, masukn garam & gula, kacau rata, masukkan belimbing buluh, masak sampai lembut.

4. Sebelum angkat tu masukkan dulu irisan tomato & daun kemangi, taburi bawang putih goreng. Pindang ikan merah done.

Selamat mencuba.

Kredit : Aizah Zarirah

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

  1. Amboi pejal...bukan main lagi ni..pepagi dah menggoda ni....bagus resepi ni..sangat membantu akak yg sedang menjaga pemakanan sekarang

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com