Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

30.8.19

Resepi Ikan Patin Masak Tiga Rasa

Resepi Ikan Patin Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum semua. Jom layan resepi nak buat ikan patin masak tiga rasa ni. Biasa siakap je masak tiga rasa. Kali ni tukar angin guna ikan patin pula. Sedap ke idok.......!!!??


Bahan-bahan:

1 ekor ikan Patin.
3 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih } dikisar
40 gm cili kering }
1 batang serai – diketuk
10 biji cili padi – diketuk
2 sm halia – dihiris halus
3 helai daun limau purut
3 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
2 sudu air limau nipis
1 cawan tepung jagung
Garam dan gula
Minyak

Jom tonton : Resipi Rendang Ayam Terbaik Untuk Raya

Cara-cara membuat:

Lumur ikan dengan tepung jagung. Kemudian goreng ikan tersebut hingga garing. Angkat dan hidangkannya di atas pinggan.

Cara-cara membuat sos:

Tumis bahan yang dikisar bersama serai dan halia hingga naik baunya. Kemudian masukkan daun limau, cili padi, sos cili, sos tiram dan air limau. Campurkan sedikit air ke dalam bahan tersebut. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian tunggu hingga ia mendidih. Akhir sekali curahkan sos yang sudah masak ke atas ikan yang telah siap dihidangkan tadi.

credit - patin pokdin

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

  1. Akak selalu failed bab ikan patin..selalu dapat yang ada rasa dan bau lumpur...nanti nak pi beli la lagi ikan patin..boleh try resepi ni

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com