Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

25.8.19

Resepi Telur Masak Kicap Simple

Assalamualaikum semua. Telur masak kicap menu paling cepat dan sedap. Ia antara resepi paling senang nak buat. Dan telur masak kicap adalah masakan yang digemari ramai orang, atau mungkin semua orang. Pernah satu ketika dahulu resepi telur kicap viral dalam kalangan masyarakat kita kan. 
Resepi telur goreng masak kicap ni macam-macam versi ada sebenarnya. Tetapi resepi telur goreng kicap saya kali ni saya nak buat dan meletakkan bilis serta bawang di dalamnya. Mungkin saya boleh panggil ianya sebagai telur kicap ikan bilis

Ok la, jom layan cara-cara masak telur kicap yang simple ni. 


Jangan lupa subscribe channel youtube saya untuk lebih banyak resepi lagi.

Resepi Telur Masak Kicap Simple - Papaglamz TV



Siapa tak suka makan telur kicap kan? Cara nak buat telur goreng kicap ni yang mudah je tentu semua boleh nak buatnya. Kalau korang google resepi telur masak kicap simple ni macam-macam je anda boleh follow. Pernah suatu ketik dahulu, telur goreng kicap viral tau. Jangan main-main. Hehehe
Untuk resepi telur masak kicap yang sedap ni saya hanya menggunakan telur, bawang merah, bawang putih, bilis dan juga kicap.

saya akan goreng telur mata dahulu. Kemudian saya akan tumis bilis dan juga bawang. Masukkan kicap dan juga last sekali telur goreng tadi. 

Simple je kan nak buat telur goreng kicap ni? Selamat mencuba tau.!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com