Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

16.8.19

Resipi Daging Masak Merah

Assalamualaikum semua. Raya korban ni mesti banyak daging yang korang dapat kan? Saya terbaca satu resepi daging masak merah yang best ni. Rasa nak cuba la. Tapi kita simpan dulu la resepi ni kat blog. Korang jangan lupa cuba tau!

Jom tonton : Cara Masak Ayam Masak Merah Simple Sahaja

Jom layan resepi daging masak merah ni. Resepi ni saya dapat dari facebook page Resepi Mengikat Perutku.


Daging rebus lembut, rebus sikit dgn pewarna merah. Sejukkan dan hiris nipis. Sejukkan supaya senang potong n tak pecah pecah. 
Lepastu goreng kan sikit.

Bawang putih ketuk
Cili kisar
Bawang kuning
Cili api
Cili merah hiris
Daun sup


Sos tiram
Cili sos
Tomato sos
Sos ikan

Tumis bawang putih sampai naik bau
Masuk cili kisar n tumis sampai garing
Masuk sos tiram, cili sos, tomato sos n renjis sikit sos ikan.

Masukkan bawang, cili n daun sup. Masukkan air sikit. Nak berkuah lebihkan air ok.
Masukkan daging n kacau sebati. Masuk garam gula n perasa sikit. Seimbangkan rasa masin manis. Pastu tutup api.

Daging merah is done!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com