Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

8.9.19

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PATIN

Assalamualaikum semua. Siapa peminat asam pedas? Jom kita cuba resepi asam pedas ikan patin ni. Boleh buat makan tengahari.

Jom tonton : Cara Mudah Nak Buat Jagung Manis Lemak Berkrim


RESEPI ASAM PEDAS IKAN PATIN


Bahan-bahan

1 ekor ikan patin yang telah dipotong dan bersihkan dengan asam keping
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 btg serai dititik
Daun kesum
1 bunga kantan dibelah dua
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
15 tangkai cili kering dikisar
Air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
sedikit belacan (ikut suka)
Boleh tambah sayuran seperti bendi dan terung panjang

Cara-cara

Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia.

Tumis bawang, serai dan cili kering yang telah dikiasr tadi hingga naik bau.

Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.

Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air,boleh juga tambah sayuran seperti terung panjang dan bendi,biar mendidih.

Masukkan ikan, garam, gula dan belacan jika suka,biar sehingga ikan masak, siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com