Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

4.9.19

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Assalamualaikum semua. Jom layan resepi siakap 3 rasa ala thai yang mudah ni. Selamat mencuba.

Jom tonton : Resepi Rempah Ayam BBQ Edisi Masak Outdoor di Pantai Cherating


RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI


Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak – untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:

1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:

2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum – guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Cara Memasak:

1.Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.

2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.

4.Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.

5.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.

6.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Selamat mencuba..!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com