Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

9.9.19

Resepi Talam Berlauk

Assalamualaikum semua. Nak tahu cerita sis ni buat kuih talam berlauk? Jom layan resepi kuih talam berlauk ni.

Honestly this is the best kuih talam berlauk I have ever eaten..sedapp, lembut, secukup rasalah pada kami...selalunya yang biasa kita nampak kuih talam berlauk toppingnya adalah daging cincang kan..tapi yang ni gunakan udang..itu yang membuatkan kita nak mencuba..lagipun tengok recipe senang aje nak buat dan bahan2 semuanya ada kat rumah..

Jom tonton : Resepi Rempah Ayam BBQ Edisi Masak Outdoor di Pantai Cherating


Resepi Talam Berlauk

Bahan:-(Ayu gunakan loyang 10")

3 cawan tepung gandum
200ml santan cap ayam - atau 1 cawan santan segar pekat
4 cawan air - atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)

Untuk Lauk:-

Udang size kecil dalam 200g (ikut suka)-(Ayu gunakan udang sederhana besar tapi dihiris dua dan dipotong dadu)
8 ulas bawang merah-(Ayu lebihkan)
2 ulas bawang putih-(Ayu lebihkan sedikit)
1 sudu besar udang kering(ditumbuk)
2 biji cili merah-(Ayu campur gunakan cili padi merah) 
sediit daun sup dan daun bawang
sedikit serbuk lada sulah
sedikit gula(dalam 1/4 sudu kecil)
garam secukup rasa (lebih kurang 1/2 sudu kecil)
sediki minyak untuk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi

Cara:-

Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup & daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Goreng bawang merah & bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yang dibuang kulit & cili merah. Bubuh sedikit gula, lada sulah dan garam secukup rasa.Bila udang sudah masak tutup api dan masukkan bawang yang telah digoreng tadi bersama daun sup & daun bawang gaul rata. Ketepikan.

Satukan bahagian bawah dan blend. Tapis dan tuang kedalam bekas, ketepikan. Asingkan sedikit dalam suku cawan. Kukus dalam 15 minit dulu. Kemudian buka dan tabur bahan lauk yang telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yang telah diasingkan tadi sedikit demi sedikit keatas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi. Setelah sejuk barulah dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.

Kredit ayu

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com