Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!
Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap


Assalamualaikum semuanya. Kembali semula ke channel Papaglamz TV. Hari ini saya akan tunjukkan cara mudah untuk membuat siakap stim limau ala thai.

Sebenarnya nak masak ikan siakap stim limau ala Thai ini sangat mudah. Ianya hanya menggunakan bahan-bahan yang senang didapati selain cara masak iaitu kukus sahaja. Selain mudah, ia juga menyihatkan tau.!

Masakan ini adalah antara hidangan diet yang sesuai untuk dicuba. Rasa segar dengan masam limau dan gabungan semua bahan boleh buat ikan licin diratah begitu sahaja.

Ok la, berikut adalah bahan yang saya perlukan untuk membuat siakap stim limau

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
2 inci halia
2 batang serai
1 kiub ayam
5 ulas bawang putih
3 biji limau nipis
Gula melaka
6 biji cili padi
Daun ketumbar
2 sudu sos tiram

Itu sahaja bahan yang saya perlukan.

Untuk melihat cara memasaknya, boleh la layan video saya ok...!!!



With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:-
siakap,
siakap stim,
ikan siakap,
cara buat siakap stim lemon,
cara buat siakap stim halia,
cara buat siakap stim ala thai,
cara membuat siakap stim,
masak siakap stim limau,
siakap stim limau dan cili,
ikan siakap stim limau,
siakap stim ala thai,
Resepi Cara Buat Ayam Penyet Berserta Sambal Ayam Penyet Yang Mudah

Resepi Cara Buat Ayam Penyet Berserta Sambal Ayam Penyet Yang Mudah

Resepi Cara Buat Ayam Penyet Berserta Sambal Ayam Penyet Yang Mudah

Assalamualaikum semuanya. Kembali ke channel Papaglamz TV. Baiklah hari ini saya nak tunjukkan cara-cara memasak ayam penyet berserta sambalnya yang sedap dan mantap.! 

Seperti yang kita sedia maklum, resepi ayam penyet ni sangat popular di Indonesia. Di Malaysia sendiri, biasanya gerai-gerai yang menjual nasi ayam penyet kebanyakkannya pemiliknya adalah yang mempunyai darah keturunan jawa ataupun indonesia.

Cara membuat ayam penyet ni tidaklah susah. Bahan-bahannya adalah bahan-bahan asas yang ada di dapur kita. Cumanya banyak step yang perlu kita buat supaya ayam goreng yang kita buat itu menjadi.

Saya cuba untuk menunjukkan cara yang mudah untuk membuat ayam goreng penyet ni. Harapnya ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba ya..!!

Bahan-bahan


Bahan untuk gorengan ayam

2 ketul ayam (bahagian peha seperti dalam video)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 - 4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 kiub ayam
2 batang serai
1 manguk kecil tepung beras

Bahan untuk sambal

5 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10 biji cili padi
10 biji cili kering
2 biji tomato
2 inci belacan
gula
garam

Bahan tambahan (Jika suka)

Tahu
Tempe

Selamat mencuba..!!!

Untuk cara-cara memasak boleh menonton video dibawah ini:



With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:-
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Betul-betul Kaw.!

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Betul-betul Kaw.!

#IkanPatin #Tempoyak #Temerloh

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Betul-betul Kaw.!

Assalamualaikum semua. Ok la kali ini saya nak berkongsi resepi ikan patin tempoya. Ikan patin tempoyak ni biasanya popular di Negeri Pahang. Walaupun saya orang johor, tetapi dah 7 tahun duduk Kuantan, tahu la sikit-sikit masakan orang Pahang. Yang pastinya ikan patin tempoyak antara menu yang selalu saya buat.
Masaknya tak la susah. Tak perlu pun nak tumis-tumis bagai. Rasanya, sekali belajar memang dah pandai. Ok la, jom salin resepi ikan patin masak tempoyak ni.
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin. (Siang dan buangkan hanyir)
1 kuntum bunga kantan
seikat daun kesum
1/2 biji timun tua
1 mangkuk kecil tempoyak
3 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
Garam secukupnya
Untuk melihat cara-cara memasak ikan patin tempoyak, boleh la tonton video di bawah ni.




With Love
Papaglamz-
-Sekian-

Tags:

Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style

Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style

Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak kongsikan satu resepi mudah dan enak iaitu sambal tempe goreng. Kali ini saya campurkan dengan bilis. Baru la terasa kerangupan bilis tu dalam sambal tempe saya tu. Nak membuatnya sangat-sangat lah mudah. Hanya perlukan bahan-bahan yang tidak rumit. Sambal tempe yang saya buat ni tidak terlalu pedas dan boleh dimakan bersama nasi panas ataupun makan begitu sahaja pun boleh. Ok la jom kita lihat bahan-bahan untuk membuat sambal tempe ikan bilis rangup ni. Bahan-bahan 2 peket tempe 1 mangkuk kecil bilis kecil (lebih sedap bilis kecil) 1 genggam cili kering 4 biji bawang merah 5-6 ulas bawang putih 1 inci belacan 2 kelopak bunga lawang Air asam jawa Gula secukupnya Garam secukupnya Selamat mencuba..!!!!

Cara membuatnya boleh check video dibawah.


Tags: sambal tempe ikan bilis, sambal tempe ikan bilis kering, sambal tempe kering, resepi sambal tempe goreng mudah, resepi sambal tempe jawa, sambal tempe ikan bilis rangup, sambal tempe kering tahan lama, sambal tempe rangup, sambal tempe jawa kering, tempe masak sambal ikan bilis, resepi sambal tempe ikan bilis rangup,
Resepi Cara Masak Ayam Madu | Masakan Ayam Mudah

Resepi Cara Masak Ayam Madu | Masakan Ayam Mudah

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com