Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

24.2.20

Resepi Cara Buat Ayam Penyet Berserta Sambal Ayam Penyet Yang Mudah

Resepi Cara Buat Ayam Penyet Berserta Sambal Ayam Penyet Yang Mudah

Assalamualaikum semuanya. Kembali ke channel Papaglamz TV. Baiklah hari ini saya nak tunjukkan cara-cara memasak ayam penyet berserta sambalnya yang sedap dan mantap.! 

Seperti yang kita sedia maklum, resepi ayam penyet ni sangat popular di Indonesia. Di Malaysia sendiri, biasanya gerai-gerai yang menjual nasi ayam penyet kebanyakkannya pemiliknya adalah yang mempunyai darah keturunan jawa ataupun indonesia.

Cara membuat ayam penyet ni tidaklah susah. Bahan-bahannya adalah bahan-bahan asas yang ada di dapur kita. Cumanya banyak step yang perlu kita buat supaya ayam goreng yang kita buat itu menjadi.

Saya cuba untuk menunjukkan cara yang mudah untuk membuat ayam goreng penyet ni. Harapnya ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba ya..!!

Bahan-bahan


Bahan untuk gorengan ayam

2 ketul ayam (bahagian peha seperti dalam video)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 - 4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 kiub ayam
2 batang serai
1 manguk kecil tepung beras

Bahan untuk sambal

5 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10 biji cili padi
10 biji cili kering
2 biji tomato
2 inci belacan
gula
garam

Bahan tambahan (Jika suka)

Tahu
Tempe

Selamat mencuba..!!!

Untuk cara-cara memasak boleh menonton video dibawah ini:



With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com