Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

17.2.20

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Betul-betul Kaw.!

#IkanPatin #Tempoyak #Temerloh

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Betul-betul Kaw.!

Assalamualaikum semua. Ok la kali ini saya nak berkongsi resepi ikan patin tempoya. Ikan patin tempoyak ni biasanya popular di Negeri Pahang. Walaupun saya orang johor, tetapi dah 7 tahun duduk Kuantan, tahu la sikit-sikit masakan orang Pahang. Yang pastinya ikan patin tempoyak antara menu yang selalu saya buat.
Masaknya tak la susah. Tak perlu pun nak tumis-tumis bagai. Rasanya, sekali belajar memang dah pandai. Ok la, jom salin resepi ikan patin masak tempoyak ni.
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin. (Siang dan buangkan hanyir)
1 kuntum bunga kantan
seikat daun kesum
1/2 biji timun tua
1 mangkuk kecil tempoyak
3 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
Garam secukupnya
Untuk melihat cara-cara memasak ikan patin tempoyak, boleh la tonton video di bawah ni.




With Love
Papaglamz-
-Sekian-

Tags:

4 ulasan:

  1. Baru makan last week...tengok entry ni terus rasa nak makan lagi..aduiii

    BalasPadam
  2. Lama tak masak ikan patin tempoyak ni...best!

    BalasPadam
  3. aduhhhh terus jadi rindu nak makan. kat kedah jarang nak ada :D

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com