5.10.21

Sistem WhatsApp, Facebook dan Instagram Down Buat Warganet Kecoh

 Assalamualaikum semua

Sistem WhatsApp, Facebook dan juga Instagram mengalami masalah servisnya. Aku rasa ianya bermula jam 1200 tengah malam 5 Oktober 2021. Masa mula-mula tu aku rasa kenapa whatsapp tak lepas-lepas. Ingatnya masalah pada line internet. Tak bayar bila ke apa kan. Rupa-rupanya memang sistem wassap, facebook dan instagram mengalami masalah di seluruh dunia. 

Aku saja meninjau di laman twitter. Ternyata, twitter tak mengalami masalah seperti yang dialami oleh facebook, instagram dan whatsapp. 

Ternyata, hasil carian WhatsApp, facebook down dan Mark Zuckerberg menjadi trending. Warga twitter ramai yang mengeluh dan tak kurang juga melawak bila facebook dan wassap down dengan berseloroh membandingian twitter dengan social media yang lain. Memang mencuit hati nitizen ni. 



So korang macam mana? Ada effek kat korang ke bila wassap down, facebook down dan instagram down jugak?

Update.. 

Memang betul WhatsApp, Facebook dan Instagram Down



Berikut berita yang aku dapat dari harian metro.

Perkhidmatan WhatsApp, FB dan Instagram tergendala

Kuala Lumpur: Perkhidmatan gergasi social media iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp dilaporkan sedang menghadapi masalah dan pengguna tidak berupaya untuk menerima suapan baharu.

Berdasarkan laporan DownDetector menyatakan masalah itu dikesan berlaku pada jam 11.30 malam (waktu Malaysia) untuk ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.

Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih 40,000 pengguna ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit.

Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 43 peratus pengguna menghadapi masalah berkenaan dan 27 peratus pengguna tidak dapat menghantar mesej menerusi aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan.

Wujud juga laporan menyatakan bahawa ia mungkin berpunca daripada pelayan utama aplikasi berkenaan menghadapi gangguan perkhidmatan.

Disiarkan pada: October 5, 2021 @ 12:26am
Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

With love
Papaglamz
-sekian-


1 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com