15.4.15

NUTRISI PENTING BAGI IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN BAYI

Assalamualaikum

Bersama Ibu Dhia lagi untuk entri kali ni. Menyebok lagi dalam blog Papaglamz. Hehehe. Ok kali ni Ibu Dhia nak sharing sikit tentang nutrisi-nutrisi yang penting bagi ibu yang sedang menyusukan anak. Penting untuk para ibu tahu demi menjamin kesihatan dan kesejahteraan serta memastiakn keayaan penyusuan bayi anda.

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Sila dapatkan khidmat konsultasi dari saya sebelum anda membeli mana-mana produk. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli. Boleh email kepada saya di ibudhia90@gmail.com atau sms kan kepada saya 013-6830445 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari saya

Saya IBU DHIA
Berpengalaman berpantang dengan SET BERPANTANG serta SET PENYUSUAN Shaklee. 

 
 Untuk Maklumat Lanjut
Wassap 0136380445
Facebook : Saadiah Fauzi
www.ibudhia90.blogpot.com
COD : Temerloh, Kuantan, Maran
Pos seluruh malaysia 

-wassalam- 

4 ulasan:

  1. wahh nampak profesional je.. mcm consultant.. 👍👍👍 bermanfaat

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com