25.5.15

Kambing Golek Terlajak Laris Di Buffet Ramadhan dari Bangi Golf Resort Restaurant

Kambing golek yang dipanggang enak dimakan hanya di Buffet Ramadhan dari Bangi Golf Resort Restaurant


Bertempat di Bangi Golf Resort Restaurant, baru-baru ini Papaglamz dan keluarga berpeluang menghadiri Food Review Buffet Ramadhan yang dianjurkan oleh pihak restaurant bersama-sama lebih kurang 100 orang blogger dari seluruh Malaysia. Program yang berlangsung pada hari sabtu itu menyaksikan betapa komitmen yang tinggi diberikan oleh pihak penganjur untuk menjayakan sesi Buffet Ramadhan review ini. Syabas Papaglamz ucapkan. 

Majlis yang diadakan di Dewan Kenanga yang merupakan dewan baru di dalam resort ini mampu menampung bilangan pengunjung seramai 500 orang di dalam satu-satu masa adalah antara kelebihan resort ini. Keluasan dewan ini pastinya akan menambahkan keselesaan anda untuk menjamu selera khasnya ketika berbuka puasa nanti. 
Tidak dinafikan pelbagai hidangan yang amat menyelerakan telah di hidangkan sehinggakan Papaglamz rambang mata untuk memilih. Daripada hidangan starternya, menu utama sehinggalah ke pencuci mulut. Memang best dan terbaik la. Antara banyak-banyak hidangan yang disajikan, yang paling menambat hati Papaglamz ialah Kambing Golek dia memang umph..!!! Sebab apa umph..? Sebab sekejap sahaja kambing tu sudah tinggal rangka yer. Ganas tak? Nasib baik la Papaglamz sempat merasa.
Bagi peminat-peminat kambing golek, anda boleh mencuba kambing golek di Bangi Golf Resort Restaurant ni. Rasa daging yang empuk dan manis pasti membuatkan anda rasa ingin tambah lagi walaupun perlu beratur panjang. Serious tak tipu. 
Selain kambing golek, terdapat juga hidangan lain yang di hidangkan buat para pengunjung. Khabarnya hidangan pada malam itu hanyalah 40% dari hidangan asal. Tak dapat Papaglamz bayangkan macam mana banyaknya hidangan pada buffet ramadhan yang sebenar nanti. 

Jom Papaglamz kongsikan hidangan-hidangan lazat di dalam buffet ramadhan dari Bangi Golf Resort Restaurant ni.

Hidangan kuih-muih dan pembuka selera





Menu utama, nasi, rendang dan pelbagai lauk-pauk






Pencuci mulut

Untuk pengatahuan semua, ini merupakan pertama kali Papaglamz join sesi food review. Kali ni Papaglamz bawa bersama Ibu Dhia dan Imtiyaz. Ternyata mereka terhibur dan seronok. Ibu Dhia cakap makanan di sini sangat best dan menarik. Dan insyallah kami akan datang ke sini lagi. Nak makan kambing golek lagi. Hehehe

Tengok Imtiyaz. Betapa enaknya sehinggakan comot-comot pun tetap meneruskan makan. Gigi dah la baru tumbuh 6 batang. Berangan makan satay yang best ni.
Sempat juga bergambar dengan petugas-petugas yang sangat ramah. Dan sentiasa bermanis muka untuk memberi keselesaan pada pengunjung.
Inilah dia ketua chef untuk Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant ni. Havok sangat chef ni. Malam tu meriah dengan celoteh chef ni. Tengok Imtiyaz pun macam suka je dengan chef tu. Hehehe
Nah itulah tadi antara sedikit cerita Papaglamz di sesi food review Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant. Yang pasti, kambing golek termimpi-mimpi sampai ke hari ni. Nak buat macam mana, Papaglamz peminat tegar daging kambing. Huhuhu. Sebenarnya ade lagi kisah di sesi food review ini. Tapi, nantilah Papaglamz ceritakan satu persatu di dalam entri yang lain yer. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan buffet ramadhan di sini, alamat dan contact person ada di bawah ni.

Luliy Shalwani (Sale Coordinator)
019-2678284
Bangi Golf Resot (BGR) Restaurant
N0. 1, Persiaran Bandar,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89253728 / 82102288
Fax: 03-89253726 / 89253727
Email: bgrrestaurant@gmail.com

-sekian-

5 ulasan:

  1. Huishh nampak lembut je daging kambing tu.. arrrghhh laparrrr

    BalasPadam
  2. Memang best BGR .... aneka juadah tersedia .. apa yang nampak ni pun baru 20 percent daripada menu yang akan ditambah pada bulan puasa nanti.

    BalasPadam
  3. Untunglaa papaglamz. Makin glamz lah nanti hehe :D

    BalasPadam
  4. mcm byk menu baru je. tahun lepas kite ade pergi. besttt. hehe. tahun ni nak pergi lagi

    BalasPadam
  5. Fuhh lapar laaa pulak..nak g masa jap

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com