10.5.15

Tarikh Sambutan Hari Ibu

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum

Andai kita sedang bersendirian, mak lah peneman setia. Ingat lagi semasa belajar dulu, kalau stay up belajar sampai malam tu mak la yang duduk teman kita. Sambil-sambil lipat baju la itu ini. Bila kita buat salah, orang yang paling garang dan paling teruk memarahi kita mak la jugak. Teringat lagi, satu kisah buat salah dulu-dulu, siap kena ikat kat pokok rotan bagai. Ganas tak mak Papaglamz? Alhamdulillah dengan garangnya mak tu, Papaglamz jadi manusia sekarang ni. Huhuhu 
Terikh_menyambut_hari_ibu
Itulah mak yang membesarkan kita dari kecil sampai besar panjang. Mak melihat kita ketawa, menangis, suka, duka dan sebagainya. Mak juga yang sentiasa ada bersama kita dalam kita susah senang. Saat kita down dalam hidup. Mak la yang tetap setia bersama kita. 

Dan sekarang ni Papaglamz dah ade isteri yang juga merangkap seorang ibu pada seorang puteri Papaglamz. Sungguh bagai di kata, seorang ibu begitu tinggi pengorbanannya dalam mendidik dan membesarkan anak. Walau apa jua halangan dan rintangan kekuatan yang ada padanya bagaikan tiada penghujung dalam mendidik dan membesarkan anak. Lebih-lebih lagi bila isteri Papaglamz tidak tinggal bersama Papaglamz. Dia la sendirian menjaga dan membesarkan Imtiyaz tu. Tq my dear.

Sebagai seorang anak, wajib kita mengenang segala jasa yang telah ibu lakukan untuk kita. Ingat tanpa meraka siapalah kita. Mungkin ade yang terlupa setiap tahun pada minggu kedua bulan mei adalah sambutan hari ibu. Dan pada tahun ini jatuh pada hari ahad 10 Mei 2015. SELAMAT HARI IBU Papaglamz ucapkan.

Sebagai menghargai pengorbanan ibu, sebenarnya tak perlu pun nak tunggu hari yang tertentu untuk melakukanya, bahkan setiap hari itu adalah hari yang sepatutnya kita raikan ibu kita. Namun, tidak salah jika ingin di sambut sekiranya tidak melampaui batas-batas agama dan tidak ada pembaziran. Adalah lebih elok jika menyambutnya dengan melakukan majlis doa selamat ataupun tahlil dan sebagainya bagi menzahirkan rasa keyukuran pada Allah atas kurniaan ibu yang hebat buat kita di dunia ini.

Jadi, jom ramai-ramai pakan tadah tangan doakan kebahagiaan dan kesejahteraan ibu kita walau di mana mereka berada. Tak kita jauh di mata atau di depan mata kita. 

To my MOTHER

M in the milliong she gave me,
O means only that she's growing old,
T is for the tears she shed to save me,
H is fo her heart of purest gold,
E is for her heart of purest gold,
R menas right, and right she'll always be

With Love
Papaglamz

-sekian-

8 ulasan:

  1. Happy Mothers Day to all mothers out there ;)

    BalasPadam
  2. Happy Mother`s Day papaG... hope you gonna be a good MOTHER... hehehe.. just kidding

    BalasPadam
  3. wahhh.. lain dah rupa blognya... x sempat nk jumpa di pahang ye.. hehe
    -teha-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe la teha.. Nnt ad rezeki kte jmpa insyallh. Teha hati2 nk flight nnt..

      Padam
  4. Selamat hari ibu sedunia.. setiap hari bg ena adalah hari ibu bagi ena..

    BalasPadam
  5. Semoga kita semua lbh menghargai ibu kita..

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com