23.8.15

Family Day BASF PETRONAS Chemical SDN BHD 2015 di Gambang Water Park Resort, Kuantan

Tempat menarik di Kuantan untuk menganjurkan Family Day

Assalamualaikum

Alahamdulillah pada sabtu yang lepas 22 Ogos 2015 telah berlangsungnya Hari Keluarga atau Family Day tempat PapaG bekerja iaitu BASF PETRONAS Chamical SDN BDH di Bukit Gambang Water Park Resort, Kuantan. Acara yang melibatkan lebih dari 1500 orang meliputi semua pekerja-pekerja di BASF Petronas dan juga ahli-ahli keluarga, isteri dan juga anak-anak. Kalau tahun lepas family day kami diadakan di Lego Land Johor, tapi tahun ini pihak pengurusan mengambil keputusan untuk membuat dekat-dekat sahaja. 

Sebelum hari yang di tunggu tiba, kami telah diberi goody bag yang mengandungi t-shirt dan juga kupon yang mengandungi nombor meja untuk majlis rasmi makan tengahari dan juga nombor lucky draw. Jika tahun lepas baju mengambil tema warna merah yang agak garang, tahun ni pihak penganjur mengambil keputusan untuk mengambil tema baju kombinasi warna hijau gelap dan hijau cerah menjadi satu. Menarik...!! Warna yang menunjukkan betapa kami amat mengutamakan keselamatan dan kecintaan pada alam sekitar. Bersesuaian dengan moto syarikat BASF PETRONAS sendiri iaitu "Chemistry Drive Sustainability".
Tempat-menarik-di-Kuantan-untuk-menganjurkan-Family-Day

Bermula seawal jam 8.00 pagi lagi, para peserta dan keluarga telah berkumpul bagi mengambil makanan sarapan. Pagi tu kami bersarapan nasi lemak dan sebiji buah pisang. Makanan telah di sediakan di dalam bekas. Jadi, peserta hanya perlu mengambil mengikut bilangan ahli keluarga. PapaG ambil 2 bungkus untuk diri sendiri dan wife. Imtiyaz kongsi-kongsi sahaja dengan Ibu. Sebenarnya kan masa nak cari tempat makan tu tak jumpa. Kerusi is full house. Nasib baik la PapaG bawa tikar. Bentang kat tepi padang tempat kami bersukaneka, haaa makan la kat tepi tu. By the way ramai je yang tumpang tikar PapaG tu sebab besar. Ye la, memang tak muat tempat pun. Huhuh.
Tempat-menarik-di-Kuantan-untuk-menganjurkan-Family-Day

Tempat-menarik-di-Kuantan-untuk-menganjurkan-Family-Day
Antara acara padang yang diadakan pada hari itu meliputi acara-acara untuk kana-kanak dan dewasa. Bagi kanak-kanak acara yang paling mencuit hati dan meriah ialah rebut kerusi. Best sangat melihat kanak-kanak yang comel ramai-ramai pusing-pusing keliling kerusi lepas tu rebut. Macam comel jer. Kalau la ade untuk orang dewasa, PapaG orang first nak join game ni. Selain game rebut kerusi ade juga game tiup belon dan macam-macam lagi la. Tak lupa juga bagi golongan dewasa ade juga pihak penganjur buat game untuk kitorang. Yang lebih advanture siket la. Contohnya lari dalam guni, gelung rotan, sepak bola apa ke benda entah. Tak sure. Yang pasti best la. 
Tempat-menarik-di-Kuantan-untuk-menganjurkan-Family-Day

Tempat-menarik-di-Kuantan-untuk-menganjurkan-Family-Day

Tempat-menarik-di-Kuantan-untuk-menganjurkan-Family-Day
Haa lupa. The best game is tarik tali. Untuk orang dewasa la. Serious best....!! Meriah...!! Tapi kan ade satu story pasal game tarik tali. Nanti PapaG story mory secara detail ok. Apa yang PapaG nak cakap tali putus masa match final tu... TERKEJUT takkk..!!!?? Tunggu next entri ok. Selesai acara tarik tali, maka penyampaian hadiah diadakan, Tahniah buat kesemua pemenang. PapaG menang apa? Hehehe. Kita tak join pon. Kita jadi juru gambar yang tak bertauliah dan tukang sorak je la. Hehehe.

Lepas selesai acara pemberian hadiah, Kami semua bersiap untuk acara di dalam dewan. Iaitu acara makan tengahari sebelum kami boleh masuk ke taman tema air. Ni kira macam acara semi-formal la. Ada ucapan segala bagai dari managing director dan ade lucky draw. Siap je acara makan tengahari masing-masing siap-siap masuk ke taman tema air bersama keluarga sampai la petang. PapaG sampai pukul 4.30 je. Tak larat dah. Imtiyaz pun dah ala-ala mengaruk.
Tempat-menarik-di-Kuantan-untuk-menganjurkan-Family-Day
So, hari yang best. Dari pagi sampai ke petang Family Day BASF PETRONAS Chemical SDN BHD 2015 di Gambang Water Park Resort, Kuantan. Ok la jumpa next entri. Ade sambungan tau. Nak cerita dalam satu entri takut korang bosan pulak.

To be continue...............

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel pilihan:

Bukit Gambang Resort Wall of Fame

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama24 Ogos, 2015

    bestnya g gambang resort. teringin jugak nak g sna. eh, comel la tgk bdk2 tu pakai baju family day.hehe

    BalasPadam
  2. Comel je Imtiyaz punya baju. Tapi pak dia tak, kehkehkeh =D

    BalasPadam
  3. kalau ade family day memnag fun

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com